Jawab
soalan-soalan di bawah.
1. Walaupun
telah berunding selama lima
jam, mereka masih belum
mendapat........................bagi
menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah
2. Oleh
kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia
.............................. untuk menyiapkan
Kerja sekolahnya agar tidak melakukan
kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil masa
3.Kecantikan
corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun
itu.................sehingga dia tidak tahu
yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D rabun mata
4. Budak
yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk
memahami pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati
5. Rahman
merupakan........................pasukan Harimau. Tidak hairanlah
Segala kemahuannya dituruti
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat
6. Sahabat
yang baik tidak patut................................kawan di hadapan
rakan-rakan
yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata
7. Kita
janganlah lekas marah dan terlalu mengikut........................, nanti
kita
juga yang akanmenyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin
8. Amran
berkata, "Inilah………………………saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."
A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus
9. Mat
Deris begitu…………………... menanam pokok buah-buahan di sawah yang
telah lama terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati
10. Sejak
peristiwa itu Puan Salwa………………………untuk membenarkan
anaknya menyertai perlawanan bolasepak.
A. jauh hati
B. berat hati
C. kecil hati
D. patah hati
11. En.
Hamidon seorang yang…………………… .Beliau sentiasa
menghormati dan
Melayan pekerja - pekerjanya. A. rendah diri B. mata duitan C. pilih kasih D. hidung tinggi
12. Pemuda
teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang
sopan.
A. berhati batu
C. bertegur sapa
B. berhati perut
D. bertikam lidah
13. Tetamu
yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A. cepat tangan
B. bekas tangan
C. tangan sejuk
D. tangan terbuka
14. Tuan
doktor, kami berdua sudah lima
tahun berkahwin, tetapi masih belum
mendapat........................................
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata
15.
Kawan-kawan sekalian,
kita mestilah...........................................dengan kejayaan
mereka
kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
B. iri hati
C. cekal hati
D. besarhati
16. Puan
Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik
kita akan
dapat.......................................
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib
17. Urusan
......................... kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat
Sinar
baru.
A. campur tangan
B . guna tenaga
C. temu janji
D. jual beli
18. Bencana
alam yang melanda Kobe
menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati
C. jual mahal
B. naik harga
D. harga tetap
19. Semasa
taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu
keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun
Enam.
A. panjang akal
B. panjang lebar
C. panjang lidah
D. panjang bicara
20.
Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual-bual dengan tidak menentu
dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengado domba
21. Pakcik
Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana
dia
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak
22. Sewaktu
berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana
terlalu banyak barang yang menarik.
A. gelap mata
B. rambang mata
C. pening kepala
D. rambang hati
23. Kakinya
luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau
di belakang rumah.
A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola
24.
Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi
oleh anak-
anak EncikZali kerana tingkah lakunya
yang baik.
A. ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri
25. Sejak
tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak
mahu berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur
D. bermain mata
26.
Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam
.................
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung
27. Jika
kita pertama kali ke Kuala Lumpur
kita akan tercengang-cengang seperti
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit
28. Pasukan
Bola sepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu.
Mereka mendakwa pengadil itu
............... .
A. berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah
29. Kawasan
sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya
suka.............................. .
A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja
30. "…...........
apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga
B. Dengan lihat
C. Pasang telinga
D. Pasang mata
31.
Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar
C. kuda belang
D. lipas kudung
32. Jika
kita pertama kali ke Kuala Lumpur
kita akan tercengang-cengang seperti
…………………………… .
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit
33. Pasukan
Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu.
mereka mendakwa pengadil itu
............... .
A. berat perut
B. berat badan
C. berat mata
D. berat sebelah
34. Kawasan
sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka......................
A. curi hati
B. curi tulang
C. curi ayam
D. curi kerja
35. Kakak
jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan
hal orang lain.
A. buah mulut
B. murah mulut
C. mulut besar
D. bawa mulut
36. Fatimah
bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi
................... nya.
A. hati batu
B. kepala batu
C. batu keras
D. batu api
37. Encik
Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi
pengerusi kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi
38. Mak Cik
Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh
penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan
B. berat tulang
C. buah mulut
D. buah tangan
39. Emak
selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A.buah-buahan
B. buah hati
C. buah tangan
D. ringan tulang
40. Akibat
sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya
sendiri.
A.panas baran
B. gila babi
C. gila pangkat
D. naik angin
41. Akibat
sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam
diconteng oleh remaja-remaja yang………………….
A.gatal tangan
C.lepas tangan
B. panjang tangan
D. buah tangan
42. Razak
adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti
A. minyak wangi
C. minyak hampir jatuh
B. minyak yang penuh
D. minyak masak
43. Orang
yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A.panjang tangan
B. buah tangan
C. berat tangan
D. depa tangan
45. Orang
yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut bunga
46.
………………….yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia
sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.
A. Makan angina
B. Naik angina
C. Khabar angin
D. Mulut tempayan
47. Ain
berasa ................. kerana tidak dapat mejawab semua soalan
peperiksaan
dengan baik.
A.senang hati
B. terang hati
C. buta hati
D. susah hati
48.
Chua.............................apabila rnelihat wang yang begitu banyak
di atas mejanya.
A. cari jalan
B. sua muka
C. besar hati
D. gelap mata
49.
................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat
menawan dua puluh
orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang
B. Serang hendap
C. Panjang tangan
D. Pukul curi
50.
"Nampaknya, tahun ini padi kita ............... ". kata Wak Seman
kepada isterinya.
A. kurang manis
B. kurang umur
C. kurang jadi
D. kurang tua