Karangan : Cakap besar


CAKAP BESAR

Terdapat seekor ayam jantan bernama Si Hitam. Pada kaki Si Hitam ada dua taji, iaitu satu tumbuh di sebelah kaki kanan manakala satu lagi disebelah kaki kiri.
Pada suatu petang, Si Hitam pergi ke sebuah kampung. Apabila sampai di kampung itu, Si Hitam nampak padi di jemuran. Di jemuran itu ada seekor ayam jantan. Ayam jantan itu bernama Si Kuning. Si Hitam kenal akan Si kuning itu.
          “Kenapa kamu berada di sini? Kamu tak layak makan padi di jemuran ini. Hanya aku yang layak makan padi itu kerana aku ada dua taji. Sedangkan kamu ada satu taji,” kata Si Hitam dengan sombongnya.
          “Kamu jangan sombong Si Hitam. Walaupun aku ada satu taji, tetapi aku ada selera juga hendak makan padi di jemuran ini. Soal makan tidak ada kena mengena dengan taji,” kata Si Kuning.
Si Hitam dan Si Kuning terus makan padi di jemuran itu. Sambil makan Si Hitam menunjukkan tajinya kepada Si Kuning.
          “Tengoklah aku  ini, ada dua taji, semua ayam jantan yang ada di sini takut kepada aku. Tak ada seekor ayam jantanpun yang berani melawan aku. Apabila aku tunjukkan sahaja taji aku kepada mereka , mereka terus cabut lari,” kata Si Hitam dengan bangganya.
          “Sebenarnya mereka bukan takut, tetapi mereka tidak suka bergaduh dengan kamu tu. Kalau bergaduhpun apa yang dapat.” Kata Si kuning. Ia terus mematuk padi di jemuran.
          “Kamu jangan makan banyak. Aku sahaja yang boleh makan banyak, kalau kamu berdegil akau akan taji muka kamu tu,” kata Si Hitam  dengan sombong.
Si Kuning tidak mempedulikan kata-kata Si Hitam itu, sebaliknya dia terus mematuk padi itu dengan cepat. Si Hitam naik marah apabila Si Kuning tidak mengendahkan kata-katannya. Si Hitam pun mematuk kepala Si Kuning bertubi-tubi.
          “Kenapa kamu patuk aku? Apa salah aku?” tanya Si Kuning.
Si Hitam tidak menjawab, sebaliknya dia terus mematuk Si Kuning bertubi-tubi. Akhirnya kedua-duapun bergaduh. Si Hitam menggunakan tajinya untuk mencederakan Si Kuning. Akibatnya kepak Si Kuning berlumuran darah  kerana terkena taji Si Hitam. Si Kuning yang telah cedera terpaksa lari dan menyembunyikan dirinya.
          “Ha, padan muka kau! Nak lawan aku konon! Aku ada dua taji , kamu tu hanya ada satu taji. Aku dah kata tadi, tapi kamu degil. Aku menang! Aku menang!” teriak Si Hitam sekuat-kuat hatinya.
Suara Si Hitam telah didengari helang bukit. Sedang Si Hitam berteriak itu, tiba-tiba Si Helang bukit dengan pantas menyambarnya. Si Helang bukit membawa Si Hitam ke atas sepohon pokok. Si Helang bukit mematuk Si Hitam sehingga mati dan memakan daging Si Hitam dengan lahapnya.
          Cakap besar bermaksud cakap yang membesar-besarkan diri sendiri, sombong atau angkuh.

No comments:

Post a Comment

Menangani Kes Murid Tanpa Dokumen

Menangani kes murid tanpa dokumen Oleh NORIZAN ABDUL MUHID pendidikan@utusan.com.my Mazlan Mohamad Setiap kali bermulanya p...