Karangan : Buruk siku


BURUK SIKU


Brahim dan Samsu suddah lama berkawan. Mereka merupakan sepasang sahabat akhrab. Pendek kata ke mana-mana  Brahim pergi, dia akan mengajak Samsu menemaninya. Begitu akhrabnya persahabatan antara Brahim dengan Samsu.
Pada suatu hari, Samsu kehilangan pensel 2B. Dia ingin meminjam pensel 2B Brahim.
            “Brahim, kamu ada pensel 2B lebihkah? Kalau ada bagi aku pinjam sekejap,” kata Samsu kepada Brahim.
            “Ada. Kamu ambil sahajalah. Lagipun aku ada banyak pensel 2B,” kata Brahim sambil menghulurkan sebatang pensel 2B kepada Samsu.
            “Terima kasih, Brahim. Kamulah satu-satunya sahabat aku,” kata Samsu kepada Brahim.
Brahim hanya tersenyum sambil mengangguk. Samsu pun terus menggunakan pensel 2B pemberian Brahim itu.
            ‘Nasib baik Brahim beri terus pensel 2B ni, tak payahlah aku beli,’ kata Samsu di dalam hati.
   Namun begitu, anggapan Samsu meleset. Beberapa hari kemudian Brahim meminta semula pensel  2B yang  telah diberinya kepada Samsu.
            “Samsu, pulangkan semula pensel 2B yang aku berikan kepada kamu minggu lepas.Pensel 2B aku telah hilanglah,” kata Brahim kepada Samsu.
   Samsu terkejut mendengar kata-kata Brahim itu.
            “Kamu ni buruk siku  betullah. Bukankah kamu sudah berikan pensel 2B itu kepada aku. Takkan kamu nak ambil balik,” kata Samsu kepada Brahim.
            “Aku tak kira apa yang kamu hendak cakap. Buruk sikukah, buruk lakukah, tapi aku mahu balik pensel 2B aku tu,” kata Brahim.    “Macam mana kalau aku tak mahu bagi?” tanya Samsu.
            “Pensel itu aku yang punya, kamu mesti faham!” kata Brahim dengan nada yang meninggi. Bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan, Samsupun menyerahkan semula pensel 2B itu kepada Brahim.
            “Nah, ambillah balik pensel kamu tu!, Lain kali kalau kamu sayangkan harta kamu, jangan berinya kepada orang lain. Kalau dah beri, kemudian ambil balik, kamu akan dikatakan buruk siku. Aku mungkin boleh memaafkan tetapi jika dengan orang lain , silap hari bulan akan berlaku pergaduhan,” kata Samsu kepada Brahim.
   Dengan muka selamba Brahim mengambil pensel 2B itu dari tangan  Samsu.


Buruk siku bermaksud sudah memberi sesuatu kepada orang tetapi memintanya kembali.

No comments:

Post a Comment

Menangani Kes Murid Tanpa Dokumen

Menangani kes murid tanpa dokumen Oleh NORIZAN ABDUL MUHID pendidikan@utusan.com.my Mazlan Mohamad Setiap kali bermulanya p...