Karangan: Cerita Ajak-ajak ayam




AJAK – AJAK AYAM
Maksud : Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh, hanya sebagai pemanis mulut.



   Sebaik sahaja loceng pada waktu rehat berbunyi, maka berduyun-duyunlah murid-murid Sekolah Kuala Betis ke kantin. Masing-masing masing mahu mengisi perut yang kosong.
            “ Sopian  buat apa kamu beli nasi lemak tu, marilah makan nasi goreng aku ni. Nasi goreng  ni emak aku yang masak. Sedap!” kata Sofian kepada Kamarul.
            “ Terima kasih,” jawab Kamarul.
   Namun begitu, Sofian terus makan tanpa mempedulikan Kamarul yang duduk di sebelahnya. Kamarul dapat meneka bahawa Sofian ajak-ajak ayam. Tidak mungkin Sofian bersungguh-sungguh mempelawannya.
            “Lagupun nasi goreng di dalam bekasnnya sudah tinggal sedikit” kata Kamarul di dalam hatinya.
            “Kamu tak sudikan makan nasi goreng aku ini?” tanya Sofian.
   Kamarul tidak menjawab kata-kata Sofian itu, sebaliknya dia terus bangun menuju ke tempat menjual kuih. Selepas membeli beberapa ketul kuih, Kamarul pun berjalan menuju ke arah Sofian. Belumpun sempat Kamarul hendak duduk, tiba-tiba Sofian bangun dari tempat duduknya dan terus beredar dari kantin itu. Kamarul terkebil-kebil melihat gelagat Sofian itu.
            “Dia marah kepada akukah” kata hati Kamarul.
   Pada suatu hari, Kamarul berjalan pulang bersama-sama Sofian. Ketika dalam perjalanan itu , Sofian berkata kepada kamarul,
            “ Minggu depan cuti sekolah bermula, kamu sudah ada apa-apa rancangankah?”
            “Tak ada,” jawab Kamarul.
            “Kalau begitu saya hendak ajak kamu bercuti ke kampung datuk saya. Saya dan keluarga akan balik ke kampung datuk saya di Perak. Sekarang ini di kampung datuk saya musim buah-buahan, tentu kita dapat makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya. Marilah ikut kami,” kata Sofian kepada Kamarul.
            “Awak bersungguh-sungguhkan mengajak saya ni atau ajak-ajak ayam saja?” tanya Kamarul kepada Sofian.
            “Betul…ini bukan ajak-ajak ayam. Lagipun, ayah saya dengan ayah kamu kawan baik. Tentu ayah kamu akan membenarkan. Malam ni, saya minta ayah saya menelefon ayah kamu,” kata Sofian.
   Pada malam itu , Kamarull memberitahu ayahnya tentang pelawaan Sofian.
            “Sofian tu ajak bertul-betulkah atau ajak-ajak ayam?” tanya ayah Kamil.
            “Entahlah ayah. Tapi jika tengok pada gaya cakapnya itu macam ajak betul-betul,” kata Kamil kepada ayahnya.
            “Kita tunggu, jika Salim ajak betul-betul, ayahnya pasti menelefon ayah malam ni. Kalau ayahnya tidak menelefon ayah, sahlah Sofian tu ajak-ajak ayam sahaja,” kata ayah Kamarul.
   Kamarul menunggu sehingga jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam, namun ayah Sofian belum menelefon ayahnya.
            “Ayah rasa salim tu ajak-ajak ayam sahaja Kamarul. Sehingga sekarang ayahnya belum menelefon ayah. Jadi tak payahlah kamu mengharap sangat. Dahlah tu, pergi tidur,” kata ayah Kamarul


No comments:

Post a Comment

Menangani Kes Murid Tanpa Dokumen

Menangani kes murid tanpa dokumen Oleh NORIZAN ABDUL MUHID pendidikan@utusan.com.my Mazlan Mohamad Setiap kali bermulanya p...