Lapan Jenis Manusia

1- Manusia Mukmin
Ialah seorang yang mempercayai sepenuh hati dan benar-benar yakin terhadap apa yang telah dibawa oleh Rasulullah S.A.W adalah benar datangnya daripada Allah S.W.T dan segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan lagi iman yang ada dalam jiwanya. Paling utama seseorang itu taat dan patuh kepada suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Bahkan kehidupannya sentiassa berpandukan Al-Quran sebagai pedoman hidup.

2- Manusia Muslim
Mereka yang tunduk dan patuh terhadap apa yang telah dibawa Rasulullah S.A.W. Dia mengaku dengan bersaksi dan membenarkan Allah dan Rasul-Nya di samping menunaikan kesemua rukun Islam  dan mengerjakan  segala apa yang diperintah dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Iman dan Islam kedua-duanya tidak dapat dipisahkan  kerana mempunyai hubungan yang sangat rapat.

3-Manusia Munafik
Manusia munafik mengikut istilah syara' ialah mereka yang menyembunyikan kekafirannya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya dalam cara percakapan dan perbuatannya. Dia mengaku serta berikrar sebagai seorang Islam tetapi di dalam hatinya  dia menolak sama sekali kebenaran yang terkandung di dalam syariat Islam. Manusia munafik di akhir nanti tempatnya adalah di dalam api neraka yang paling bawah sekali dan paling pedih azab siksanya.

4- Manusia Musyrik
Manusia musyrik ialah mereka yang meyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk lain atau mempercayai bahawa adanya suatu kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. manusia yang melakukan SYIRIK dipanggil MUSYRIK. Syirik dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:

a. Syirik Akhbar (Besar)- Iaitu mereka yang mneyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk dan mempercayai ada kuasa lain yang lebig berkuasa dari Allah seperti memuja tempat keramat, kubur lama, pokok kayu, matahari dan sebagainya.

b.Syirik Asghar( kecil) atau syirik amali. Syirik ini tidak sampai kepada yang terkutuk tetapi ianya berkait rapat denggan adab serta akhlak seseorang itu keluar dari agama Islam. Sebagai contoh seperti mengerjakan amal ibadat kerana riya' atau ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

5- Manusia Kafir
Ialah mereka yang mengingkari akan keEsaan Allah, tidak mempercayai kenabian Nabi dan juga tidak mengaku akan kebenaran syariatnya bahkan juga mereka mengingkari salah satu rukun Islam atau rukun Iman. Seseorang yang mengingkari salah satu atau keseluruhannya adalah dipanggil KAFIR. Kafir boleh dibahagikan kepada tiga:

a. Kafir Jahli- Kekafiran ini adalah disebabkan kejahilannya sendiri.
b.Kafir Juhdi- Kekafiran yang disebabkan terasa terhina dan takut dimalukan oleh masyarakat sekiranya dia memeluk Islam.Bahkan juga takut kedudukan dan kehormatannya terjejas sekirannya dia memeluk Islam.
c. Kafir Hukmi- Kekafiran yang disebabkab oleh sesuatu perbuatan atau perilaku yang bertentangan dengan keimanan seperti menghina kitab Al-Quran, hukum-hukam yang terkandung di dalamnya serta sunnah nabi.

6-Manusia Murtad
Manusia yang tidak lagi tunduk dan patuh kepada syariat Islam atau meninggalkan dan menceraikan diri dari jemaah Islam. Manusia yang menghalalkan perkara yang diharamkan  Allah dan mengharamkan perkara yang telah dihalalkan Allah juga hihukum MURTAD. Seseorang yang murtad adalah mereka yang kembali menjadi kafir.

7- Manusia Fasiq
Iaitu manusia yang terkeluar dari jalan kebenaran serta tidak memperdulikan segala perintah Allah S.W.T. Setiap masalah yang dihadapi mereka tidak menyelesaikannya mengikut syariat Islam sebaliknya mengikut kehendak hawa nafsu sendiri.

8- Manusia Zalim
Manusia yang berhati kejam serta tidak memiliki rasa takut walau sedikitpun kepada Allah. Mereka ini tidak lagi beriman dan tergolong dalam golongan orang kafir. Allah amat membenci terhadap golongan seperti ini.


Dipetik dari DIARI ISLAMIAH.



No comments:

Post a Comment

Menangani Kes Murid Tanpa Dokumen

Menangani kes murid tanpa dokumen Oleh NORIZAN ABDUL MUHID pendidikan@utusan.com.my Mazlan Mohamad Setiap kali bermulanya p...