Cepat Tangan
Kampung Aman terletak di pingir Bandar Bachok.
Kampung itu merupakan sebuah perkampungan nelayan. Kebanyakan penduduk kampung
itu bekerja sebagai nelayan. Golongan muda tidak kurang ramai juga yang
menghuni kampung itu.
Di Kampung Aman kebelakangan ini sering berlaku
kecurian. Hal ini disebabkan ada kalangan penduduk kampung itu yang besikap
cepat tangan. Kebiasannya barang yang hilang seperti pukat, pancing dan
pelbagai peralatan menagkap ikan yang lain.
Pak Sufian, selaku ketua kampung sudah pening
kepala memikirkan aduan daripada penduduk kampung. Akhirnya, Pak Sufian
mengambil keputusan untuk memerangkap si
cepat tangan itu. Perancangan telah dibuat bersama-sama beberapa orang penduduk
kampung.
Pada suatu malam, lebih kurang jam 1:00 pagi Pak
Sufian, Pak Cik Alias, Pak Din dan, Pak Azhar memulakan rancangan mereka.
Ketika itu kebanyakan penduduk kampung telah lena dibuai mimpi. Mereka bergerak
perlahan-lahan menuju ke kawasan pinggir pantai di mana sering berlaku
kecurian.
Setelah agak lama bersembunyi di bawah sepohon
anak pokok ru yang rendang, mereka terlihat satu lembaga sedang
terbongkok-bongkok di kawasan menyimpan bot-bot nelayan.
Pak Sufian mencadangkan agar mereka berpecah
kepada dua kumpulan. Mereka bergerak perlahan-lahan ke arah lembagaa itu.
Sekali-sekala mereka meniarap di atas pasir untuk mengelak kehadiran mereka dikesan
lembaga itu.
“ Tangkap, tangkap . Jangan bagi dia lepas
lari”. jerit Pak Sufian. Mereka menyerbu ke arah lembaga itu. Lembaga itu tergaman dan
tidak sempat melarikan diri.
“
Eh, kau Man?”. Pak Sufian terkejut apabila mendapati orang yang ditangakap
ialah jirannya.
Akhirnya
Man jiran Pak Sufian diserahkan kepada pihak polis. Begitulah nasib orang yang
cepat tangan.
No comments:
Post a Comment