Simpulan Bahasa Bermula Huruf K
§
kacang hantu:
seseorang budak yang bersifat jahat atau nakal dan suka mengganggu orang lain.
§
kaki arak: orang yang suka,
ketagihan, atau kuat minum minuman keras seperti arak.
§
kaki ayam: tidak berkasut.
§
kaki bangku: orang
yang tidak pandai bermain bola.
§
kaki botol: (sila lihat juga kaki arak.)
§
kaki buli: orang yang suka
menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.
§
kaki gaduh: orang
yang suka bergaduh.
§
kaki gunung: di
bahagian permulaan gunung.
§
kaki hutan: (sila lihat juga gigi hutan.)
§
kaki judi: orang yang suka bermain
judi.
§
kaki langit: langit
di bahagian bawah.
§
kaki lima :
bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.
§
kaki perempuan: (sila lihat juga hidung belang.)
§
kaki rambu: orang
yang suka merayau.
§
kaki seribu: (sila lihat juga langkah seribu.)
§
kaki umpat: orang
yang suka mengumpat orang.
§
kaki wayang: orang
yang suka menonton wayang.
§
kaku lidah: tidak
dapat bercakap dengan lancar.
§
kambing hitam: orang
yang dipersalahkan.
§
kampung halaman:
kampung tempat dilahirkan.
§
kata dua: pernyataan terakhir
oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak
lain yang terlibat dalam perundingan.
§
kata hati: (sila lihat juga gerak hati.)
§
kata pujangga:
perkataan orang bijak pandai.
§
kata putus:
ketentuan yang terakhir.
§
kaya anak: banyak anak.
§
kaya hati: pemurah.
§
kaya hutang: orang
yang banyak hutang.
§
ke luar negeri: pergi
ke negeri lain.
§
kecil hati: (sila lihat juga ambil hati.)
§
kecut hati: takut.
§
kelas kambing: tempat
duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.
§
keliling pinggang: sangat
banyak.
§
kembang hati:
gembira.
§
kembang sayap:
meluaskan usaha.
§
kena tangan:
dipukul.
§
kepala angin: (sila lihat juga ada angin.)
§
kepala batu: (sila lihat juga hati batu .)
§
kepala berat: bodoh.
§
kepala berita: tajuk
sesuatu berita.
§
kepala dingin: penyabar.
§
kepala dua: orang
yang tidak setia.
§
kepala kain:
bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.
§
kepala udang: (sila lihat juga kepala berat.)
§
kera sumbang: orang
yang selalu mengasingkan diri dan tidak suka bergaul.
§
kerang busuk:
tersengih-sengih tanpa sebab.
§
keras hati: (sila lihat juga hati waja.)
§
keras kepala: (sila lihat juga hati batu.)
§
keras lidah: tidak
pandai bercakap.
§
keras mulut: tidak
mahu kalah dalam perdebatan.
§
kerat rotan:
memutuskan perhubungan.
§
kering darah: (sila lihat juga hilang semangat.)
§
kering hati: tiada
rasa belas kasihan.
§
keringat dingin: (sila lihat juga kecut hati.)
§
kerja tangan:
pertukangan tangan.
§
ketam batu: orang
yang sangat kedekut.
§
ketawa raja: ketawa
tetapi dalam kesedihan.
§
khabar angin: berita
atau khabar yang belum sah, tentu jelas, atau tentu benarnya.
§
khabar burung: (sila lihat juga khabar angin.)
§
kucing bertanduk:
perkara yang mustahil berlaku.
§
kucing kurap: (sila lihat juga bangkai bernyawa.)
§
kuku besi: memerintah dengan
kejam.
§
kuku kambing: alat
yang digunakan untuk menanam padi.
§
kunci diri:
mengurung diri.
§
kunci hati:
rahsia.
§
kunci mulut: tidak
dapat berkata-kata kerana terkejut.
§
kurang adab: tidak
sopan.
§
kurang adat: (sila lihat juga kurang adab.)
§
kurang ajar: (sila lihat juga kurang adab.)
§
kurang akal: tidak
pandai.
§
kurang asam: (sila lihat juga kurang adab.)
§
kurang bahasa: tidak
halus budi bahasanya.
§
kurang fikir: tidak
berhati-hati.
§
kurang hati: tidak
berminat.
§
kurang iman: mudah
terpedaya.
§
kurang ingat:
pelupa.
§
kurang jadi: tidak
mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.
§
kurang menjadi: (sila lihat juga kurang jadi.)
§
kusut fikiran: susah
hati.
§
kutu embun: orang
yang suka merayau-rayau sehingga jauh malam atau larut malam.
§
kutu jalan: (sila lihat juga kaki rambu.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf L
§
langit hijau: sangat
jauh.
§
langkah baik: waktu
yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.
§
langkah bendul: adik
berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
§
langkah kanan:
bernasib baik.
§
langkah kiri: tidak
bernasib baik.
§
langkah seribu: cabut
lari dengan cepat kerana ketakutan.
§
langkah sumbang: cara
atau perbuatan yang tidak betul.
§
lapang dada:
perasaan lega.
§
lapang hati: (sila lihat juga lapang dada.)
§
lapik perut: (sila lihat juga alas perut.)
§
lari semangat: (sila lihat juga hilang semangat.)
§
laut lepas: tengah
laut.
§
lebai malang : orang
yang selalu mengalami nasib malang .
§
lebar mulut:
bercakap banyak.
§
lembut gigi daripada lidah: orang
yang pandai berkata-kata atau bermain kata-kata; memujuk rayu.
§
lembut hati: orang
yang senang menerima nasihat.
§
lena ayam: belum tidur betul.
§
lepas angan-angan:
membuat sesuatu yang diingini.
§
lepas diri: tidak
melibatkan diri dalam sesuatu hal.
§
lepas tangan: (sila lihat juga cuci tangan.)
§
lidah bercabang:
percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.
§
lidah biawak: (sila lihat juga lidah bercabang.)
§
lidah keras: tidak
dapat menyebut perkataan dengan betul.
§
lidah panjang: suka
menghasut.
§
lidah pendeta:
kata-kata hikmat yang dituturkan oleh bijak pandai.
§
lidah tak bertulang: mudah
berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.
§
lintah darat:
peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
§
lipas kudung: orang
yang cepat menyiapkan atau membuat sesuatu pekerjaan.
§
lubuk akal lautan budi:
mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.
§
lubuk akal lautan ilmu: (sila lihat juga lubuk akal lautan budi.)
§
lubuk hati: dalam
hati.
§
luka hati: pilu.
§
lupa daratan:
berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.
§
lurus akal: jujur.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf M
§
mabuk cendawan: sangat
kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.
§
mabuk darah: (a)
pening kerana melihat darah yang banyak. (b) pengsan kerana terlalu banyak
mengeluarkan darah. (c) mengamuk seolah-olah hilang ingatan kerana melihat
darah.
§
mabuk gunung: mabuk
ketika berada di tempat yang tinggi.
§
mabuk kecubung: (sila lihat juga gila angau.)
§
mabuk kepayang: (sila lihat juga gila angau.)
§
mabuk laut: pening
dan muntah semasa belayar.
§
mabuk selasih: (sila lihat juga gila angau.)
§
mahkota hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§
mahkota negeri: raja.
§
main mata: memberikan isyarat
dengan mata.
§
makan angin:
melawat ke suatu tempat untuk tujuan bersiar-siar.
§
makan angkat: suka
dipuji.
§
makan beradab: makan
bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).
§
makan berdamai: (sila lihat juga makan beradab.)
§
makan besar:
mengadakan jamuan.
§
makan budi:
menerima pertolongan orang.
§
makan bunga:
mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.
§
makan darah: orang
yang mengambil keuntungan yang berlipat ganda; peniaga yang meletakkan harga
barang dengan sangat tinggi.
§
makan diri: berasa
sedih atau dukacita yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri;
menyedihkan hati.
§
makan duit:
mengambil wang secara haram; menerima rasuah.
§
makan gaji:
bekerja untuk mendapatkan upah.
§
makan garam:
mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.
§
makan hati: (sila lihat juga makan diri.)
§
makan kawan:
mencelakakan kawan sendiri.
§
makan suap: (sila lihat juga makan duit.)
§
makan sumpah:
mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah.
§
makan tanggung: hidup
di bawah jagaan orang lain.
§
malu-malu bahasa: berasa
segan.
§
malu-malu kucing:
berpura-pura malu di hadapan orang.
§
mandi biar basah: kalau
membuat sesuatu kerja biar bersungguh-sungguh.
§
mandi bunga: mandi
air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu.
§
mandi darah:
berlumuran darah.
§
mandi embun:
membiarkan diri dibasahi embun.
§
mandi kerbau: mandi
dengan bergosok.
§
mandi keringat:
bekerja kuat dengan sepenuh hati dan tenaga hingga badan bersimbah peluh.
§
mandi ombak: basah
kena ombak.
§
mandi peluh: (sila lihat juga mandi keringat.)
§
masam muka: tidak
bertegur sapa.
§
masin lidah: apa
yang dikata menjadi kebenaran.
§
masin mulut: (sila lihat juga masin lidah.)
§
masuk ajar:
mendengar nasihat.
§
masuk akal: dapat
diterima akal.
§
masuk angin: sakit
kerana kesejukan atau sebagainya.
§
masuk angin keluar asap:
pekerjaan yang sia-sia.
§
masuk bakul sampah:
ditolak.
§
masuk buku:
dicatatkan ke dalam buku.
§
masuk daun:
memperoleh peluang yang baik.
§
Mat Jenin: orang yang suka
berangan-angan.
§
mata air: (a) orang kesayangan;
kekasih. (b) tempat air keluar dari tanah.
§
mata duitan: orang
yang tamakkan wang.
§
mata hati: perasaan dalam hati.
§
mata keranjang: (sila lihat juga gila perempuan.)
§
mata lembu: telur
yang digoreng bulat-bulat.
§
mata petai: tidak
dapat melihat dengan betul.
§
mata telinga:
kakitangan yang diharapkan.
§
mati akal: tiada idea atau buntu
fikiran.
§
mati angin: tidak
berkuasa.
§
mati ayam: mati dengan sia-sia.
§
mati balik hidup:
selamat setelah mengalami bahaya besar.
§
mati beragan:
kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup.
§
mati celik: mati
sebelum hajat tercapai.
§
mati katak: (sila lihat juga mati ayam.)
§
mati kutu: tidak melawan.
§
memasang telinga:
mendengar dengan sungguh-sungguh dan hati-hati.
§
membabi buta: (sila lihat juga babi buta.)
§
membalas budi: (sila lihat juga balas budi.)
§
membanting tulang: (sila lihat juga banting tulang.)
§
membawa diri: (sila lihat juga bawa diri.)
§
membawa sial: (sila lihat juga bawa sial.)
§
membawa tuah: (sila lihat juga bawa tuah.)
§
membelah bumi: (sila lihat juga belah bumi.)
§
membesarkan kerak nasi:
membesarkan perbelanjaan.
§
membuang anak: (sila lihat juga buang anak.)
§
membuang diri: (sila lihat juga buang diri.)
§
membuang muka: (sila lihat juga buang muka.)
§
membuka jalan:
memberikan peluang untuk tindakan seterusnya.
§
membuka tanah: (sila lihat juga buka tanah.)
§
memburu pangkat: (sila lihat juga buru pangkat.)
§
memburu pelajaran: (sila lihat juga buru pelajaran.)
§
memeras otak: (sila lihat juga peras otak.)
§
memeras tenaga orang: (sila lihat juga peras tenaga orang.)
§
memilih bulu: (sila lihat juga pilih bulu.)
§
menara gading:
universiti.
§
menarik diri:
meletakkan jawatan; berundur dari sesuatu kumpulan.
§
menarik modal: (sila lihat juga tarik modal.)
§
menaruh hati: (sila lihat juga taruh hati.)
§
mencari akal: (sila lihat juga cari akal.)
§
mencari nama: (sila lihat juga cari nama.)
§
mencecah bahu: (sila lihat juga cecah bahu.)
§
mencecah bumi: (sila lihat juga cecah bumi.)
§
mencuri hati: (sila lihat juga curi hati.)
§
mendabik dada: (sila lihat juga dabik dada.)
§
mendapat khabar: (sila lihat juga dapat khabar.)
§
mendapat malu: (sila lihat juga dapat malu.)
§
mendapat nama: (sila lihat juga dapat nama.)
§
mengadu domba: (sila lihat juga adu domba.)
§
mengadu nasib: (sila lihat juga adu nasib.)
§
mengambil angin:
bersiar-siar untuk menyedut udara bersih.
§
mengambil berat:
memberikan perhatian dengan sungguh-sungguh.
§
mengambil haluan: (sila lihat juga ambil haluan.)
§
mengambil hati: (sila lihat juga ambil hati.)
§
mengambil muka: (sila lihat juga ambil muka.)
§
mengambil sumpah: (sila lihat juga ambil sumpah.)
§
mengambil tahu: (sila lihat juga ambil tahu.)
§
mengangkat alis: (sila lihat juga angkat alis.)
§
mengembangkan sayap: (sila lihat juga kembang sayap.)
§
menggelapkan wang: (sila lihat juga gelap wang.)
§
menggunting hati: (sila lihat juga gunting hati.)
§
menggunung hati: (sila lihat juga gunung hati.)
§
menghabiskan nyawa: (sila lihat juga habis nyawa.)
§
mengikat diri: (sila lihat juga ikat diri.)
§
mengikat hati: (sila lihat juga ikat hati.)
§
mengikat janji: (sila lihat juga ikat janji.)
§
mengikat kata: (sila lihat juga ikat kata.)
§
mengunci diri: (sila lihat juga kunci diri.)
§
meniti buih: (sila lihat juga titi buih.)
§
menjadi fikiran: (sila lihat juga jadi fikiran.)
§
menjaga hati: (sila lihat juga jaga hati.)
§
mimpi ngeri:
kejadian yang dahsyat dan sukar dilupakan.
§
minta diri:
memohon diizinkan pergi.
§
minta jalan:
meminta diberi jalan untuk lalu.
§
minta nyawa:
meminta agar tidak dibunuh.
§
minta sedekah:
berminta-minta, meminta-minta, atau mengemis.
§
muka baru: orang atau pemain yang
baru melibatkan diri dalam sesuatu bidang.
§
muka dua: berbaik-baik dengan dua
pihak yang bermusuhan.
§
muka lama: orang atau pemain lama
yang sudah berpenglaman.
§
muka laut: permukaan laut.
§
muka manis:
menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum.
§
muka masam:
menunjukkan muka yang muram atau benci.
§
muka papan: orang
yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.
§
muka tebal: (sila lihat juga muka papan.)
§
muka tembok: (sila lihat juga muka papan.)
§
mulut bisa: orang
yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.
§
mulut gatal: suka
bercakap apa sahaja.
§
mulut kotor: (sila lihat juga mulut gatal.)
§
mulut manis: lemah
lembut dan baik tutur katanya.
§
mulut murai: orang
atau seseorang yang suka bercakap banyak atau berbuat bising.
§
mulut tajam: (sila lihat juga mulut bisa.)
§
mulut tempayan: (sila lihat juga cepat mulut.)
§
murah hati: (sila lihat juga kaya hati.)
§
murah mulut: ramah.
§
murah rezeki: mudah
memperoleh rezeki.
§
murah tangan: (sila lihat juga kaya hati.)
§
musuh dalam selimut: musuh
yang sangat dekat atau yang berada dalam lingkungan sendiri