Simpulan
Bahasa Bermula Huruf G
§
gadai bergolok:
sanggup berbelanja sehingga berhabisan harta benda kerana hendak mendapatkan
sesuatu hajat.
§
gadai nyawa:
meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
§
gadis sunti: anak
perempuan yang belum baligh.
§
gajah guling:
perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati.
§
gaji buta: gaji yang diterima
dengan tidak bekerja sunguh-sungguh atau gaji yang didapati tanpa bekerja
keras; seseorang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji.
§
gaji pokok:
mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.
§
gambaran hidup: teladan.
§
ganti rugi:
bayaran yang dibuat kerana sesuatu kerugian atas kerosakan.
§
ganti tikar:
berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.
§
garam hidup:
pengalaman.
§
gatal mulut: suka
bercerita keburukan orang.
§
gatal tangan:
sengaja mencari sebab tanpa tujuan apa-apa.
§
gelap buta: sangat
gelap.
§
gelap fikiran: tidak
dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
§
gelap hati: sukar
belajar.
§
gelap mata:
mengamuk atau marah macam orang gila.
§
gelap pemandangan: pitam.
§
gelap wang:
menggunakan wang yang bukan hak.
§
gelegar buluh: cakap
besar tetapi tidak berisi.
§
geli hati: rasa hendak ketawa.
§
gelora hati:
perasaan yang tidak tenang.
§
gelora semangat:
perasaan berkobar-kobar.
§
gencatan senjata:
memberhentikan peperangan.
§
gendang besar: orang
yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong.
§
gendang paha:
bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.
§
gerak badan:
bersenam.
§
gerak hati: niat
atau perasaan dari dalam hati.
§
gerak jalan:
latihan berjalan sebagai satu pasukan.
§
gerakan gelap:
gerakan tidak sah yang dirahsiakan.
§
gergaji dua mata: orang
yang menerima keuntungan daripada kedua-dua pihak.
§
gigi air: bahagian tepi air laut,
sungai atau tasik.
§
gigi hutan: tepi
hutan.
§
gila angau: sangat
kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.
§
gila babi: penyakit sawan babi.
§
gila bahasa: orang
yang tidak panjang fikirannya.
§
gila bayang: ingin
akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.
§
gila bayang-bayang:
berhajatkan sesuatu yang mustahil.
§
gila-gila air: kurang
sihat ingatan (fikiran).
§
gila-gila bahasa: kurang
sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).
§
gila harta:
sentiasa mementingkan harta kekayaan.
§
gila isim: gila kerana tersalah
menuntut ilmu batin.
§
gila judi: orang yang suka bermain
judi.
§
gila kuasa: sangat
ingin mendapat kuasa.
§
gila pangkat:
sentiasa ingin mendapat pangkat.
§
gila perempuan: lelaki
yang suka melihat atau sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.
§
gila talak:
teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.
§
gila urat: sangat ingin kepada lelaki
atau perempuan yang dicintainya.
§
golok kayu:
pengetahuan yang tidak mencukupi atau tiada gunanya.
§
gulung tikar:
muflis.
§
gunting hati:
melukai perasaan.
§
gunung hati:
tersangat ingin.
§
gunung payung: orang
kesayangan.
§
gunung runtuh: bunyi
bergemuruh.
Simpulan Bahasa Bemula
Huruf H
§
habis akal:
bingung setelah berusaha sedaya upaya.
§
habis bulan: hujung
bulan.
§
habis jadi abu:
musnah.
§
habis jodoh:
bercerai.
§
habis modal: tidak
ada idea lagi.
§
habis nyawa: (a)
mati. (b) menebus dengan nyawa.
§
habis perkara:
selesai.
§
habis tahun:
penghujung tahun.
§
halwa mata:
persembahan yang mengasyikkan.
§
halwa telinga:
sesuatu yang sedap didengar.
§
hampa tangan: tidak
mendapat apa-apa.
§
hancur hati:
kecewa.
§
hancur luluh: hancur
lebur.
§
hangat hati: sangat
marah.
§
hangat-hangat kuku:
suam-suam.
§
hangat-hangat tahi ayam: tidak
bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
§
hangus hati: (sila lihat juga hangat hati.)
§
hantu paku: orang
yang suka mengaku hak orang lain sebagai haknya.
§
hanyut diri: sesat
langkah.
§
harga diri: moral
atau maruah seseorang.
§
harga mati: harga
tetap.
§
harga pokok: modal
atau harga belian.
§
hari tua: masa seseorang yang
telah tua serta tidak berdaya.
§
hati ayam: pengecut atau penakut.
§
hati batu: bantah, degil, atau
enggan mendengar cakap dan tidak mahu mengalah; seseorang yang tidak mahu
mengikut nasihat dan mempunyai azam yang kuat.
§
hati berbulu:
seseorang yang menyimpan niat jahat.
§
hati berlian: sangat
baik hati.
§
hati budi: sifat atau perangai.
§
hati emas: seseorang hatinya yang
terlalu baik.
§
hati kecil:
perasaan hati yang sebenarnya.
§
hati muda: rasa muda dalam hati.
§
hati nurani: (a)
hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. (b) perasaan hati yang murni.
§
hati perut:
bertimbang rasa.
§
hati putih:
mempunyai niat yang ikhlas.
§
hati tawajuh: hati
yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
§
hati terbuka:
ikhlas.
§
hati tikus:
penakut atau pengecut.
§
hati tungau:
penakut.
§
hati waja: terus berusaha dan
tidak mudah putus asa dengan mempunyai pendirian yang teguh atau memiliki
cita-cita yang amat kuat.
§
hentam kromo:
membuat sesuatu kerja tanpa diteliti.
§
hidung belang: pemuda
lelaki yang suka mengusik, mengganggu, atau menggoda perempuan.
§
hidung tinggi:
bongkak atau sombong.
§
hidup terbuang:
tersia-sia diri.
§
hilang akal: tidak
mampu berfikir lagi; gila.
§
hilang harapan: putus
asa.
§
hilang-hilang timbul:
sekejap ada sekejap tiada.
§
hilang ingatan: (sila lihat juga hilang akal.)
§
hilang lenyap: hilang
tanpa berita.
§
hilang muka:
seseorang yang menderita kerana malu.
§
hilang nyawa: mati.
§
hilang pegangan: hilang
nilai-nilai yang baik.
§
hilang semangat:
tersentak kerana terperanjat atau terkejut.
§
hilir mudik:
berjalan ke sana
ke mari.
§
hina budi: berkelakuan buruk.
§
hisap darah:
mengambil keuntungan yang berlebih-lebih daripada orang ketika berjual beli.
§
hisap jari:
kecewa.
§
hitam muka: muram
atau marah.
§
hitam putih:
bertulis.
§
hitung buah kerayung:
mengira keuntungan sesuatu benda yang belum tentu dapat.
§
hujung pangkal: asal
mula.
§
hukum alam:
sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
§
hukum Allah: takdir
Tuhan.
§
hutang darah:
tuntutan bela terhadap seseorang atau sesuatu pihak yang telah melakukan
kejahatan.
§
hutang kayu ara: hutang
yang tidak mungkin berbayar.
§
hutang lapuk: hutang
yang sudah lama tidak dilunaskan.
§
hutang nyawa: nyawa
seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf I
§
ibu angkat:
perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
§
ibu ayam: seseorang perempuan
yang melindungi atau menjaga pelacur untuk mendapatkan wang.
§
ibu kandung: ibu
sendiri.
§
ibu keladi: orang
yang duduk di tengah-tengah satu kumpulan orang.
§
ibu pertiwi: tanah
tempat kelahiran.
§
ikat diri: terlalu berat.
§
ikat hati: menawan.
§
ikat janji:
membuat perjanjian.
§
ikat kata: menggubah kata.
§
ikat perut: tahan
selera, menahan lapar, atau kurangkan makan kerana berjimat.
§
intan baiduri: (sila lihat juga emas tempawan.)
§
iri hati: perasaan dengki atau
cemburu.
§
isi dada: sesuatu atau apa-apa
yang terfikir dalam hati, perasaan; segala yang ada di dalam hati seseorang
tentang sesuatu perkara.
§
isi hati: (sila lihat juga isi dada.)
§
isi perut: (sila lihat juga isi dada.)
§
isi rumah: keluarga; orang yang
tinggal di rumah berkenaan.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf J
§
jadi abu
arang: barang yang telah rosak.
§
jadi alat: tenaganya sahaja diperlukan tetapi faedahnya ia tidak
merasa.
§
jadi angin: sesuatu yang tidak boleh dipakai lagi atau sudah rosak.
§
jadi bapa
kuda: orang lelaki yang
berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.
§
jadi bumi
langit: orang yang sangat
diharapkan.
§
jadi
fikiran: masalah yang harus
difikirkan.
§
jadi kaki: orang yang dijadikan ejen atau pesuruh kepada sesuatu
pekerjaan oleh orang lain.
§
jadi
perkakas: (sila lihat juga jadi alat.)
§
jadi
umang-umang: orang yang suka berlagak
dengan memakai pakaian orang lain.
§
jaga hati: bertolak ansur dan saling menghormati.
§
jaga mulut: berhati-hati bila bercakap.
§
jalan
belakang: menggunakan cara yang
tidak sah.
§
jalan
buntu: sesuatu yang tiada
penyelesaian.
§
jalan
damai: menyelesaikan sesuatu
menggunakan cara rundingan.
§
jalan
fikiran: cara berfikir.
§
jalan kaki: berjalan tanpa kenderaan.
§
jalan
tengah: mengambil keputusan yang
tidak berat sebelah.
§
jantung
hati: orang yang sangat
dikasihi.
§
jarum
halus: tipu muslihat.
§
jatuh air
muka: menjadi malu.
§
jatuh
bangun: maju mundur.
§
jatuh
cinta: menaruh atau jatuh cinta
(kasih) kepada seseorang.
§
jatuh dari
langit: (sila lihat juga dapat terpijak.)
§
jatuh
harga diri: jatuh maruah.
§
jatuh hati: (sila
lihat juga jatuh cinta.)
§
jatuh
melarat: menjadi miskin.
§
jatuh nama: (sila
lihat juga dapat malu.)
§
jatuh
sakit: mendapat sakit.
§
jatuh
semangat: hilang keberanian.
§
jauh hati: sedih kerana perasaannya tersinggung oleh perbuatan
atau percakapan orang lain.
§
jejak bahu: (sila
lihat juga cecah bahu.)
§
jejak bara: sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
§
jejak
keruh: perbuatan yang kurang
baik.
§
jejak langkah: mencontohi.
§
jejak
orang tua: mengikut kelakuan orang
tuanya.
§
jelatang
kampung: pengganggu keamanan
kampung.
§
jinak-jinak
lalat: persahabatan seseorang
yang bergaul dengan orang lain tetapi tidak mesra.
§
jinak-jinak
merpati: orang perempuan yang pada
zahirnya kelihatan ramah atau lembut tetapi hakikatnya tidak atau ada hadnya.
§
jinak
lalat: (sila lihat juga jinak-jinak lalat.)
§
jinak
merpati: (sila lihat juga jinak-jinak merpati.)
§
jiwa besar: mempunyai sikap yang tidak mahu kalah atau dipengaruhi
oleh orang lain.
§
jiwa hamba: mempunyai perasaan rendah diri dan senang memberi
tenaga bakti kepada orang lain.
§
jual mahal: tidak suka masuk campur.
§
juling air: juling sedikit.
§
juling
itik: apabila memandang sesuatu,
kepala disengetkan.