Simpulan Bermula Huruf C
§
cabut lari:
meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
§
cabut nyawa:
membunuh.
§
cacing gila: suka
merayau-rayau tanpa tujuan.
§
cacing kepanasan: orang
yang sentiasa gelisah.
§
cacing naik ke mata:
kelakuan atau perbuatan yang melampau.
§
cahaya hidup:
harapan dalam hidup.
§
cahaya mata: anak.
§
cahaya muka: seri
pada wajah seseorang.
§
cakap angin:
percakapan atau cakap-cakap yang tidak menentu atau tidak berfaedah.
§
cakap belakang:
menceritakan keburukan orang lain.
§
cakap berisi:
percakapan yang mengandungi faedah atau kebaikan untuk orang lain.
§
cakap besar:
mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri.
§
cakap kosong:
kata-kata yang tiada isinya.
§
cakap mulut: bahasa
yang digunakan dalam percakapan harian.
§
cakap tinggi: (sila lihat juga cakap besar.)
§
cakar awan:
bangunan-bangunan yang tinggi.
§
cakar ayam:
tulisan yang sangat buruk.
§
cakar langit: (sila lihat juga cakar awan.)
§
campak batu: orang
yang pergi merantau selama-lamanya.
§
campur cakap:
melibatkan diri atau turut serta dalam urusan orang lain; ambil tahu.
§
campur mulut: (sila lihat juga campur cakap.)
§
campur tangan: (sila lihat juga campur cakap.)
§
cangkul angin:
melakukan kerja yang sia-sia.
§
cari akal: melakukan atau mencari
ikhtiar atau berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara; mencari jalan dan
sebab untuk melakukan sesuatu.
§
cari bala: membuat sesuatu yang
akhirnya menyusahkan diri sendiri.
§
cari fasal:
mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
§
cari fikiran: (sila lihat juga cari akal.)
§
cari ikhtiar:
berusaha bersungguh-sungguh.
§
cari jalan: (sila lihat juga cari akal.)
§
cari makan:
bekerja untuk mencari nafkah, rezeki, atau wang.
§
cari muka: mengusahakan sesuatu
untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
§
cari nama: berusaha untuk
menjadikan namanya dikenali ramai.
§
cari rezeki: (sila lihat juga cari makan.)
§
cari salah:
berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
§
cari seteru: (sila lihat juga cari fasal.)
§
cari susah: (sila lihat juga cari bala.)
§
cecah bahu: sampai
ke paras bahu.
§
cecah bumi: jejak
ke bumi.
§
celaka dua belas:
seseorang yang menghadapi kecelakaan terlalu teruk.
§
celik huruf: tahu
membaca dan menulis.
§
cemburu buta:
terlalu cemburu, cemburu yang tidak beralasan, tanpa sebab.
§
cencaru makan petang:
pekerjaan yang lambat tetapi memuaskan.
§
cepat kaki: orang
yang rajin apabila disuruh.
§
cepat lidah:
bercakap tanpa berfikir dahulu.
§
cepat mulut: orang
yang tidak boleh, dapat, atau tahan menyimpan rahsianya.
§
cepat tangan: pantas
atau cepat melakukan sesuatu; orang yang suka mencuri.
§
cerai hidup: suami
isteri yang bercerai ketika hidup.
§
cerai kasih: putus
percintaan.
§
cerai mata:
berpisah.
§
cerai mati:
bercerai kerana meninggal dunia.
§
cerai susu: bayi
yang telah berhenti menghisap susu.
§
cerdik busuk: cerdik
tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang.
§
cerita burung: berita
yang tidak berasas.
§
cermin bangkai:
menanggung malu akibat sesuatu kejadian.
§
cicak kubin: sangat
kurus.
§
cinta kilat: cinta
yang cepat timbul dan cepat hilang.
§
cinta palsu: bukan,
pura-pura, atau tidak bercinta.
§
cium tanah: jatuh
tertiarap ke tanah.
§
cuci mata: bersenang-senang dengan
melihat perempuan atau sesuatu yang cantik dan indah.
§
cuci perut:
membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.
§
cuci tangan: tidak
mahu mengambil tahu, bertanggungjawab, atau terlibat dalam sesuatu hal atau
perkara yang telah dilakukan.
§
cucur keringat:
bekerja keras.
§
cucur peluh: (sila lihat juga cucur keringat.)
§
cuit hati: menggelikan hati.
§
cukup bulan: sampai
waktu.
§
cukup umur: akil
baligh atau sudah dewasa.
§
cupak asli: adat
yang diwarisi daripada datuk nenek.
§
cupak hanyut: orang
yang berjalan lemah lembut, hidup melarat.
§
curi hati: menawan atau memikat
hati, jatuh suka.
§
curi masa: menggunakan sebahagian
daripada masa yang sibuk untuk urusan lain.
§
curi tulang: malas
bekerja atau mencuri peluang untuk tidak bekerja; menghelat masa atau tenaga
semasa membuat sesuatu, mencuaikan kerja.