Simpulan Bahasa
Bermula Huruf D
§
dabik dada: menepuk dada menunjukkan keberanian.
§
dada ayam: dada bidang.
§
dada
lapang: sabar dan tidak mudah
marah.
§
dagang
piatu: orang asing yang tiada
saudara-mara dan sahabat handai.
§
dahi
sehari bulan: bentuk dahi yang cantik.
§
daki dunia: harta dunia yang tidak dapat dibawa mati.
§
dakwat
tumpah: rambut yang hitam lebat.
§
dalam
kekeringan: sewaktu seseorang itu
tidak mempunyai wang.
§
dalam
tangan: sudah tentu dapat
diperoleh.
§
dapat akal: beroleh ikhtiar atau helah.
§
dapat
bahagian: denda atau kena pukul,
beroleh separuh atau sebahagian harta.
§
dapat
harta timbul: mendapat keuntungan tanpa
berusaha besar.
§
dapat hati: beroleh cinta, cinta yang berbalas.
§
dapat
khabar: menerima berita.
§
dapat malu: menanggung malu.
§
dapat nama: menjadi terkenal.
§
dapat
terpijak: mendapat keuntungan,
rezeki, wang, atau sesuatu yang tidak disangka-sangka dan diterima sekali gus
dengan mudah tanpa berusaha.
§
darah baru
setampuk pinang: masih muda.
§
darah
daging: kaum keluarga atau
saudara-mara sendiri.
§
darah
gemuruh: mudah gugup atau hilang
pertimbangan.
§
darah
manis: mudah mendapat bahaya atau
kecederaan.
§
darah muda: semangat atau perasaan yang tidak sabar, lekas marah.
§
darah
panas: orang yang cepat marah
atau lekas marah.
§
darah
putih: orang bangsawan, anak
raja.
§
darah raja: keturunan raja.
§
datang
berkampung: berkumpul.
§
datuk
nenek: leluhur.
§
daun pintu: bahagian pintu yang boleh dibuka dan ditutup.
§
daun
telinga: bahagian luar telinga
untuk menangkap suara.
§
daun
tingkap: bahagian tingkap yang
boleh dibuka dan ditutup.
§
daya fikir: kekuatan berfikir.
§
daya upaya: ikhtiar untuk melakukan sesuatu.
§
delima
merekah: bentuk dan warna bibir
yang elok.
§
dendam
kesumat: benci yang amat sangat.
§
depan
hidung: terlalu dekat.
§
derma
kilat: derma yang dipungut dengan
serta-merta.
§
detak hati: perasaan, kata hati.
§
detik
jantung: bunyi degup jantung.
§
di depan
hidung: (sila lihat juga depan hidung.)
§
diam-diam
lepu: pada zahirnya nampak baik
tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
§
diam-diam
ubi: orang yang berusaha secara
senyap tetapi menguntungkan.
§
diam diri: tidak berkata-kata.
§
diam
membatu: (sila lihat juga diam diri.)
§
diam
penggali: orang bodoh.
§
dibayang
kata: (sila lihat juga bayang kata.)
§
dibuang
negeri: (sila lihat juga buang negeri .)
§
diburu
hutang: (sila lihat juga buru hutang.)
§
dingin
hati: tidak menaruh perhatian
atau tidak gembira.
§
dingin
kepala: berfikiran tenang dan
waras.
§
dingin
tangan: orang yang pekerjaannya
selalu berjaya.
§
ditangkap
basah: (sila lihat juga tangkap basah.)
§
dua sejoli: sepasang kekasih atau suami isteri.
§
duduk
perut: (sila lihat juga besar perut .)
§
duit kopi: bayaran tidak rasmi iaitu wang yang diberikan kepada
seseorang sebagai upah dalam usaha mendapatkan sesuatu, rasuah.
§
duit pecah: duit syiling.
§
duit teh: wang sagu hati.
§
dunia
terbalik: keadan yang berbeza
daripada semula jadi, ganjil.
§
duri dalam
daging: sesuatu yang mengganggu
ketenteraman.
§
durian
runtuh: (sila lihat juga dapat terpijak.)
Simpulan bahasa Bermula Huruf E
§
ekor
belangkas: pedang atau golok yang
berbentuk ekor belangkas.
§
ekor kuda: rambut yang diikat di belakang.
§
ekor lipas: rambut pada lubang tengkuk.
§
ekor mata: sudut mata yang di sebelah luar.
§
ekor pulau: hujung pulau.
§
elok budi: baik budi pekerti.
§
emak
angkat: perempuan yang dianggap
seperti ibu kandung sendiri.
§
emak tiri: wanita yang bukan ibu sendiri menjadi isteri bapa.
§
emas putih: campuran emas berwarna putih.
§
emas
tempawan: orang yang dikasihi.
§
emas tua: emas yang tinggi mutunya.
§
emas urai: emas yang halus seperti pasir.
§
embun
betina: embun yang kecil-kecil.
§
embun
jantan: embun yang besar-besar.
§
enak hati: gembira atau senang hati.
§
enau di
hutan: seseorang yang suka hidup
bersendirian.
Simpulan bahasa Bermula Huruf F
§
faham kiri: berfikiran politik yang radikal.
§
fajar
menyingsing: pagi hari.
§
fasih
lidah: pandai berkata-kata atau
lancar bercakap.
§
fikir
panjang: berfikir dua kali.
§
fikiran
buntu: tidak dapat memikirkan
sesuatu kerana tiada idea.
§
fikiran
kolot: fikiran yang ketinggalan
zaman.
§
fikiran
sempit: fikiran yang cetek.
§
fikiran
tajam: cepat faham akan sesuatu.
§
fikiran
terbuka: sanggup mempertimbangkan
sebarang cadangan, pembaharuan dan sebagainya.
§
fikiran
terganggu: sakit jiwa atau otak.