Simpulan Bahasa Bermula Huruf R
§
rabun ayam: (sila
lihat juga buta ayam.)
§
rabun
senja: (sila lihat juga buta ayam.)
§
raja bola: pemain bola yang handal.
§
raja
sehari: pasangan pengantin yang
bersanding.
§
rambang
mata: tidak tahu yang mana satu
hendak dipilih.
§
rangkai
hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§
retak
tangan: nasib.
§
rezeki
harimau: makanan yang banyak dan
berjenis-jenis.
§
rezeki
mahal: (sila lihat juga panas rezeki.)
§
rezeki
murah: selalu mendapat
keuntungan.
§
ringan
kaki: suka melawat atau
berkunjung.
§
ringan
kepala: mudah memahami sesuatu
yang diajarkan.
§
ringan
mulut: peramah; suka bercakap-cakap.
§
ringan
tangan: suka menolong orang; rajin
bekerja atau cepat membuat kerja.
§
ringan
tulang: (sila lihat juga ringan tangan.)
§
ringan
tulang berat perut: orang yang rajin
bekerja dan memperoleh kesenangan.
§
rosak hati: menderita.
§
rosak nama: (sila
lihat juga arang di dahi.)
§
runtuh
iman: tergoda untuk melakukan
kejahatan.
§
rusuh hati: gelisah.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf S
§
sagu hati: wang atau pemberian
yang diberikan sebagai ganti rugi.
§
sakit akal: (sila lihat juga hilang akal.)
§
sakit angau: (sila lihat juga gila angau.)
§
sakit hati:
perbuatan yang menyinggung perasaan dan membuatkan orang marah.
§
sakit mata: benci
melihat sesuatu.
§
sakit otak: (sila lihat juga hilang akal.)
§
sakit telinga: benci
mendengar sesuatu.
§
salah cakap:
maklumat yang disampaikan tidak tepat.
§
salah jalan:
tersesat.
§
salah kata: (sila lihat juga salah cakap.)
§
salah kerop: salah
alamat atau tujuan.
§
salah langkah:
memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.
§
salah mulut:
terlajak kata.
§
salah urat:
terseliuh atau terpelecok.
§
salin tikar:
mengahwini kakak atau adik perempuan kepada isteri yang telah meninggal dunia.
§
samar muka: waktu
senja dengan cahaya yang hampir gelap.
§
sampah dunia: (sila lihat juga bangkai bernyawa.)
§
sampah masyarakat: (sila lihat juga bangkai bernyawa.)
§
sampai ajal:
meninggal dunia.
§
sampai akal: (sila lihat juga masuk akal.)
§
sampai hati: tidak
segan-segan; tergamak; tidak menaruh belas kasihan.
§
saudara angkat: (a)
orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita. (b) seseorang yang diakui sebagai
saudara sendiri.
§
saudara anjing:
adik-beradik seibu berlainan ayah.
§
saudara baru: orang
yang baru memeluk agama Islam.
§
saudara dekat:
saudara-mara yang masih dekat pertaliannya.
§
saudara jauh: (sila lihat juga bau-bau bacang.)
§
saudara kandung:
saudara seibu sebapa.
§
saudara pungut: (sila lihat juga saudara angkat.)
§
saudara susu:
menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.
§
saudara susuan: (sila lihat juga saudara susu.)
§
sehelai sepinggang:
pakaian yang ada pada tubuh.
§
sejuk hati: berasa
lega atau tenang dan tidak risau memikirkan sesuatu perkara.
§
sekangkang kera: sangat
sempit, (tanah, kawasan, tapak, dan sebagainya) yang tidak luas.
§
sekapur sirih:
sekejap.
§
senang cakap: mudah
memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya.
§
senang hati:
gembira kerana sesuatu.
§
senapang bambu: orang
yang nampaknya berbahaya sahaja tetapi sebenarnya tidak.
§
sengkang mata: tidak
tidur semalaman.
§
senyum kambing: senyum
mengejek.
§
senyum kucing: senyum
yang ada muslihat.
§
senyum manis: senyum
yang menarik.
§
senyum mesra: senyum
yang menunjukkan kemesraan.
§
senyum raja: senyum
yang dibuat-buat.
§
senyum-senyum siput: (sila lihat juga senyum simpul.)
§
senyum simpul: senyum
sedikit.
§
senyum sumbing: (sila lihat juga senyum simpul.)
§
senyum tawar: senyum
yang dibuat-buat ketika sedang berduka.
§
sepak kertas: tidak
mempunyai pekerjaan.
§
separuh mati:
terlalu penat.
§
serang hendap:
serbuan yang dibuat secara sembunyi-sembunyi.
§
seri muka: cahaya muka.
§
seri panggung:
bintang bangsawan.
§
serkap jarang:
tuduhan yang dibuat secara agak-agak; meneka atau menuduh dengan sembarangan
sahaja.
§
setengah masak:
sesuatu yang tidak cukup sempurna.
§
setengah tiang:
gila-gila.
§
simpul mati: masalah
atau perbalahan yang tidak dapat diselesaikan.
§
singkat akal: tidak
bijak.
§
singkat umur: umur
pendek.
§
suara hati: (sila lihat juga gerak hati.)
§
suara-suara sumbang: (sila lihat juga suara sumbang.)
§
suara sumbang:
pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum.
§
sumber ilham:
sesuatu yang menjadi inspirasi.
§
suntuk akal: (sila lihat juga mati akal.)
§
suntuk fikiran: cetek
pengetahuan.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf T
§
tahan hati: orang
yang tahan menerima segala kesusahan.
§
tahan uji: (a) boleh diuji. (b)
terbukti kebaikannya (keelokannya dan lain-lain); seseorang baik yang disangka
buruk.
§
tahi air: sampah yang mengapung
di atas air.
§
tahi arak: (sila lihat juga kaki arak.)
§
tahi judi: orang yang suka
berjudi.
§
tahi ketam: sisa
kayu yang diketam.
§
tahi lalat: titik
atau tumbuhan kecil di kulit.
§
tahi minyak: orang
yang cerewet.
§
tahu ada: mahukan sesuatu itu
siap sedia.
§
tahu adab: berbudi bahasa.
§
tahu adat: sopan santun.
§
tahu bahasa: (sila lihat juga tahu adab.)
§
tahu diuntung: sedar
akan kedudukan diri.
§
tajam akal:
cerdik; pintar.
§
tajam fikiran: (sila lihat juga tajam akal.)
§
tajam ingatan: tidak
pelupa.
§
tajam lidah: (sila lihat juga mulut bisa.)
§
tajam mulut: (sila lihat juga mulut bisa.)
§
tajam pendengaran: orang
yang lekas dapat mendengar atau baik pendengarannya.
§
tajuk mahkota: (sila lihat juga bintang hati.)
§
tak kering gusi: ketawa
yang berulang-ulang sehingga beberapa lama kerana mendengar lawak jenaka.
§
talam dua muka: orang
yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh.
§
tali arus: terlalu banyak
(misalnya orang) yang lalu di sesuatu kawasan; tidak putus-putus.
§
tali barut: orang
yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.
§
tangan kanan: (sila lihat juga orang kanan.)
§
tangan kosong: hampa.
§
tangan panas: selalu
gagal.
§
tangan terbuka:
menerima atau menyambut sesuatu atau orang dengan sukacita.
§
tangkai hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§
tangkai jering: (sila lihat juga ketam batu.)
§
tangkai kalbu: (sila lihat juga bintang hati.)
§
tangkap basah:
ditangkap ketika melakukan kesalahan.
§
tangkap buta:
menuduh orang dengan sembarangan sahaja.
§
tangkap maut:
memilih dengan tidak teliti.
§
tangkap muat:
mengambil mana yang sempat.
§
tangkap tangan: (sila lihat juga tangkap basah.)
§
tangkap wap: perbuatan
yang sia-sia.
§
tarik kesimpulan:
membuat kesimpulan.
§
tarik langkah seribu: (sila lihat juga langkah seribu.)
§
tarik modal:
membawa masuk modal.
§
tarik muka dua belas:
bermuka masam.
§
taruh hati: suka.
§
taruh mata:
melihat.
§
tawar hati: tidak
bersemangat; tidak ada kemahuan.
§
tebuk tupai:
perempuan yang kehilangan dara bukan melalui perkahwinan yang sah.
§
tegar hati: (sila lihat juga hati batu.)
§
telinga kuali: orang
yang pekak atau tahan hati walaupun dimarahi.
§
telinga lintah: (sila lihat juga tajam pendengaran.)
§
telinga nipis: (sila lihat juga darah panas.)
§
telinga tempayan: orang
yang tidak mahu mendengar.
§
teman hidup: suami
atau isteri.
§
teman sejawat: rakan
tempat bekerja.
§
terang hati: mudah
memahami sesuatu yang diajar.
§
terang tanah: waktu
pagi atau hampir siang.
§
terang-terang tanah: (sila lihat juga terang tanah.)
§
terburu nafsu: (sila lihat juga buru nafsu.)
§
termakan budi: (sila lihat juga makan budi.)
§
tersalah jalan: (sila lihat juga salah jalan.)
§
tersalah kata: (sila lihat juga salah kata.)
§
tidur ayam: tidur
dalam keadaan berjaga; mudah terjaga dari tidur.
§
tidur mati: tidur
yang tidak sedarkan diri.
§
tidur-tidur ayam: tidur
yang tidak nyenyak.
§
tikam lidah: saling
bertengkar, berdebat, atau berbahas tentang sesuatu.
§
tin kosong: orang
yang bercakap besar tetapi cakap-cakapnya itu tidak berilmu pengetahuan atau
tidak boleh dipakai.
§
tinggi hari: waktu
matahari sudah tinggi.
§
tinggi hati: megah
dan sombong.
§
tinggi rezeki: (sila lihat juga murah rezeki.)
§
titi buih: melakukan pekerjaan
yang sangat sukar.
§
titik peluh: penat
lelah (usaha yang bersungguh-sungguh); kerja atau usaha.
§
tua keladi: orang
yang semakin tua dan perangainya yang berperangai seperti orang muda yang
semakin jahat.
§
tua-tua keladi: orang
tua yang berperangai buruk.
§
tua-tua kelapa: orang
yang semakin tua semakin baik perangainya.
§
tua-tua terung masam: orang
tua yang berperangai muda.
§
tulang belakang: punca
kekuatan seseorang, kumpulan, atau organisasi.
§
tulang hitam:
sumsum.
§
tulang itik: orang
yang tidak kuat bekerja.
§
tulang kering: tulang
dari lutut hingga pergelangan kaki.
§
tumbuk rusuk:
rasuah.
§
turun minyak:
menjadi berang atau ganas.
§
turun takhta:
melepaskan jawatan raja.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf U
§
ubat hati: penghibur hati.
§
ubat jerih: upah.
§
ubat lelah: (sila
lihat juga ubat jerih.)
§
ulat buku: orang yang suka atau rajin membaca buku.
§
undur diri: beredar dari sesuatu tempat.
§
untung
batu: nasib buruk.
§
untung
sabut: nasib yang baik.
§
upah
seraya: memberi upah terhadap
bantuan yang diberikan.