Simpulan
bahasa Bermula Huruf B
§
babi buta: berbuat, membuat, atau melakukan sesuatu pekerjaan
dengan tanpa atau tidak banyak berfikir dahulu lagi.
§
bahasa
dalam: bahasa istana (digunakan
oleh kerabat diraja).
§
bahasa
ibunda: bahasa yang dituturkan
oleh sesuatu kaum.
§
bahasa
kasar: bahasa yang tidak sopan
untuk digunakan.
§
bahasa
kesat: kata-kata yang tidak
bersopan.
§
bahasa
pasar: bahasa pertuturan yang
digunakan dalam percakapan sehari-hari yang tidak betul nahu atau susunan
ayatnya dengan tidak mengikut tatabahasa yang betul.
§
baik budi: seseorang yang bersikap baik dan penyayang; suka
menolong.
§
baik hati: (sila
lihat juga baik budi.)
§
baik
sangka: berpendapat yang orang
lain baik.
§
balas budi: balas jasa dan berterima kasih.
§
balas guna: (sila
lihat juga balas budi.)
§
balik
gagang: berpihak kepada musuh.
§
balik hati: berubah pendirian.
§
bangkai
bernyawa: orang yang kurus dan
dipandang hina atau tidak berguna pada diri sendiri dan juga masyarakat.
§
bantal
lengan: kehidupan yang terlalu
miskin.
§
banting
tulang: bekerja bermati-matian.
§
banyak
akal: banyak helah.
§
banyak
cakap: orang yang suka bercakap
banyak atau berleter, termasuklah perkataan yang tidak sepatutnya
dipercakapkan.
§
banyak
lemak: terlalu manja, orang yang
kaya atau gemuk; orang yang tidak mendengar kata atau suka membantah walaupun
telah melakukan kesalahan.
§
banyak
mulut: (sila lihat juga banyak cakap.)
§
bapa
angkat: orang yang mengaku sebagai
bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.
§
bapa
kandung: bapa sebenar.
§
barang
kemas: alat perhiasan orang
perempuan yang berharga.
§
basuh
mulut: sajian manisan atau
buah-buahan yang dihidangkan atau dijadikan hidangan selepas makan.
§
batu api: penghasut.
§
batu
loncatan: sesuatu (orang atau
tempat) yang digunakan atau dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu
tujuan atau sesuatu yang lebih tinggi.
§
batuk-batuk
kambing: batuk yang dibuat-buat dengan
tujuan mengusik atau menyindir.
§
bau bacang: (sila
lihat juga bau-bau bacang.)
§
bau-bau
bacang: hubungan persaudaraan atau
saudara yang sudah jauh pertaliannya.
§
bawa
alamat: memberi tanda.
§
bawa diri: (a) pandai bergaul. (b) melarikan diri.
§
bawa hati: merajuk.
§
bawa hidup: merantau mencari penghidupan.
§
bawa mati: menyebabkan mati.
§
bawa mulut: bercerita tentang keburukan orang lain.
§
bawa nasib: (sila
lihat juga bawa hidup.)
§
bawa nyawa: menyelamatkan diri.
§
bawa sial: mendatangkan malang.
§
bawa
tempurung minta sedekah: kita
masih gagah dan kuat.
§
bawa tuah: mendatangkan keuntungan.
§
bawah
angin: negara-negara sebelah
timur seperti Jepun, Malaysia, dan lain-lain.
§
bawah
bendera: berada dalam perlindungan
sesuatu kuasa.
§
bawah
tanah: pergerakan rahsia atau
pergerakan gelap.
§
bayang
kata: dikias.
§
bayar
nyawa: mengorbankan diri.
§
bekas
tangan: hasil kerja tangan
seseorang yang masih kekal; bekas pukulan.
§
belah bumi: bunyi yang sangat kuat.
§
belah hati: tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu
keputusan.
§
belahan
hati: orang yang sangat
dikasihi.
§
belahan
jiwa: (sila lihat juga belahan hati.)
§
belahan
nyawa: (sila lihat juga belahan hati.)
§
belakang
hari: kemudian hari.
§
bendera
putih: tanda menyerah diri atau
mengaku kalah dalam sesuatu peperangan atau perlawanan.
§
bengkak perut: berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
§
beradu
buku: (sila lihat juga adu buku.)
§
beradu
kening: (sila lihat juga adu kening.)
§
beradu lengan: (sila
lihat adu lengan )
§
beralih
akal: (sila lihat juga alih akal )
§
beralih
angin: (sila lihat juga alih angin
)
§
beralih
muka: (sila lihat juga alih
muka)
§
berani
mati: tidak takut mati.berat
badan: malas.
§
berat
bibir: orang yang tidak peramah
atau yang pendiam; malas bercakap.
§
berat hati: kurang senang.
§
berat kaki: malas.
§
berat
kepala: pening kepala.
§
berat
lalat: pura-pura berani.
§
berat
lidah: tidak dapat berkata-kata.
§
berat mata: mengantuk.
§
berat
mulut: (sila lihat juga berat bibir.)
§
berat
sebelah: tidak adil dalam membuat
keputusan dengan memihak kepada satu pihak sahaja.
§
berat
tangan: orang yang malas berusaha,
malas bekerja, atau malas membuat kerja; pemalas.
§
berat
telinga: orang yang pendengarannya
kurang jelas.
§
berat
tulang: (sila lihat juga berat tangan.)
§
berbahasa
kasar: (sila lihat juga bahasa kasar.)
§
berbalik
gagang: (sila lihat juga balik gagang.)
§
berbalik
hati: (sila lihat juga balik hati.)
§
berbantal
lengan: (sila lihat juga bantal lengan.)
§
berbelah
hati: (sila lihat juga belah hati.)
§
berbesar
hati: (sila lihat juga besar hati.)
§
berbuat
jahat: (sila lihat juga buat jahat.)
§
berbulan
madu: pengantin baru yang pergi
makan angin.
§
bercerai
kasih: (sila lihat juga cerai kasih.)
§
bercerai
mata: (sila lihat juga cerai mata.)
§
bercerai
mati: (sila lihat juga cerai mati.)
§
bercerai
susu: (sila lihat juga cerai susu.)
§
bercermin
bangkai: (sila lihat juga cermin bangkai.)
§
berdiam
diri: (sila lihat juga diam diri.)
§
berdiri
sendiri: orang yang tidak mahu
menerima pertolongan orang lain.
§
berendam
air mata: sering menangis.
§
berfahaman
kiri: (sila lihat juga faham kiri.)
§
bergadai
bergolok: (sila lihat juga gadai bergolok.)
§
bergadai
nyawa: (sila lihat juga gadai nyawa.)
§
berganti
tikar: orang yang berkahwin
dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia.
§
bergendang
paha: (sila lihat juga gendang paha.)
§
bergolok
bergadai: (sila lihat juga gadai bergolok.)
§
berhati
berlian: (sila lihat juga hati berlian.)
§
berhati
tungau: (sila lihat juga hati tungau.)
§
beri jalan: memberi laluan, nasihat, keterangan, bantuan, atau buah
fikiran untuk membuat sesuatu perkara.
§
beri muka: kehendak dan kemahuan seseorang sentiasa dituruti;
memanjakan seseorang dengan membiarkannya bebas membuat atau berbuat sesuka
hatinya.
§
berita
hangat: berita baharu yang menjadi
perbualan.
§
berkaki ayam: (sila
lihat juga kaki ayam.)
§
berkerat
rotan: (sila lihat juga kerat rotan.)
§
bermain
kayu tiga: orang yang tidak jujur.
§
bermain
mata: (sila lihat juga main mata.)
§
bermandi
keringat: (sila lihat juga mandi keringat.)
§
bermandi
ombak: (sila lihat juga mandi ombak.)
§
bermasam
muka: tidak bertegur sapa kerana
telah berselisih faham.
§
bermuka-muka: orang yang pandai berpura-pura baik terhadap seseorang;
menunjukkan kebaikan kepada ketua atau seseorang dengan tujuan yang tertentu.
§
berpaling
hati: (sila lihat juga paling hati.)
§
berpaling
tadah: bertukar pihak atau
mengkhianati pihak yang disokong.
§
berpatah
arang: (sila lihat juga patah arang.)
§
berpeluk
lutut: (sila lihat juga peluk luttut.)
§
berpeluk
tangan: (sila lihat juga peluk tangan.)
§
berpeluk
tubuh: malas untuk melakukan
sesuatu pekerjaan.
§
berpindah
tangan: (sila lihat juga pindah tangan.)
§
berputih
tulang: (sila lihat juga putih tulang.)
§
berputus
arang: (sila lihat juga putus arang )
§
bersaksi
ke lutut: saudara mara dijadikan
saksi.
§
bersengkang
mata: (sila lihat juga sengkang
mata)
§
bertali
arus: tidak putus-putus dilalui
orang; sesuatu benda atau perkara yang berlaku dengan tidak berhenti-henti.
§
bertegang
leher: berlawan cakap kerana
hendak menegakkan pendapat masing-masing; berbantah.
§
bertikam
lidah: (sila lihat juga tikam lidah.)
§
berumah
tangga: beristeri atau bersuami.
§
besar
cakap: orang yang suka bercakap
sombong.
§
besar diri: bongkak atau sombong.
§
besar hati: bangga; gembira; girang.
§
besar
kepala: keras kepala, degil dan
sombong.
§
besar
mulut: suka bercakap besar.
§
besar
perut: hamil.
§
betul
bendul: orang yang lurus dan ada
kalanya bodoh.
§
biang
keladi: orang atau hal yang
menjadi punca kejahatan.
§
bidan
tarik: membuat sesuatu secara
tiba-tiba.
§
bidan
terjun: (sila lihat juga bidan tarik.)
§
bintang
gelap: bernasib malang.
§
bintang
hati: orang kesayangan atau
kekasih; orang yang dicintai atau dikasihi.
§
bintang
terang: nasib baik.
§
boleh
tahan: tidak buruk sangat atau
boleh digunakan.
§
bongkar
sauh: bersedia hendak belayar.
§
bongkok
sabut: bongkok badan yang sedikit
sahaja.
§
bongkok
udang: badan yang bongkok.
§
buah bibir: perkara yang dibualkan oleh orang ramai, menjadi
perbualan ramai, atau menjadi sebut-sebutan orang.
§
buah cakap: (sila
lihat juga buah bibir.)
§
buah
fikiran: pendapat atau pendangan.
§
buah hati: (sila
lihat juga bintang hati.)
§
buah helah: mencari helah.
§
buah kalam: hasil tulisan atau karya.
§
buah mulut: (sila
lihat juga buah bibir.)
§
buah pena: (sila
lihat juga buah kalam.)
§
buah
tangan: suatu pemberian dalam
bentuk barang; oleh-oleh.
§
bual
kosong: bercakap tentang perkara
yang tidak penting.
§
buang adat: tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
§
buang air
besar: berak.
§
buang air
kecil: kencing.
§
buang anak: menggugurkan anak.
§
buang
arang di muka: menghilangkan malu.
§
buang diri: merantau.
§
buang
lelah: berehat untuk meredakan kepenatan.
§
buang malu: (sila
lihat juga buang arang di muka.)
§
buang muka: tidak suka.
§
buang
negeri: diperintah keluar dari
sesebuah negeri.
§
buang sauh: berlabuh.
§
buang sial: berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
§
buang
tabiat: berkelakuan atau bercakap
yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.
§
buang ubat: tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
§
buat akal: (sila
lihat juga buah helah.)
§
buat bodoh: berpura-pura macam orang tidak tahu.
§
buat duit: berusaha mencari keuntungan.
§
buat helah: berdalih.
§
buat jahat: melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki
dan perempuan.
§
buat
perkara: berbuat sesuatu, biasanya
perkara yang tidak baik.
§
buaya
darat: lelaki yang jahat atau
gemar berfoya-foya dengan perempuan.
§
budak
mentah: orang yang masih muda
untuk membuat sesuatu pekerjaan atau penilaian.
§
budi
bahasa: kelakuan atau pertuturan
(sama ada baik atau buruk).
§
bujur
sirih: bentuk muka seolah-olah
bentuk sirih.
§
buka
langkah seribu: lari kerana takut
disebabkan sesuatu.
§
buka mata: sedar atau ambil perhatian tentang sesuatu perkara yang
baik dan cuba mengikutinya.
§
buka mulut: berkata-kata atau bercakap.
§
buka pintu: memberi peluang.
§
buka tanah: mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di
atas hutan atau tanah yang terbiar.
§
buka
telinga: mendengar baik-baik.
§
buka
tembelang: mendedahkan rahsia
keburukan seseorang.
§
buku lima: penumbuk.
§
bulan
kesiangan: berwajah pucat.
§
bulan madu: pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah
berkahwin.
§
bulan
penuh: cantik.
§
bulat
fikiran: teguh atau tetap fikirannya.
§
bulat hati: ikhlas; tetap hati dan sugguh-sungguh; mengambil
keputusan yang muktamad tentang sesuatu perkara; kuat azam atau kemahuan untuk
membuat sesuatu.
§
bulat kata: keazaman yang bersungguh-sungguh.
§
bunga
bangsa: orang yang berjasa kepada
negara.
§
bunga
bibir: kata-kata yang manis.
§
bunga
dedap: perempuan yang rupanya
sahaja cantik tetapi perangainya buruk atau tidak berbudi.
§
bunga wang: keuntungan atau faedah yang diperoleh atau didapati
daripada wang yang dipinjamkan atau disimpan di dalam bank.
§
buru
hutang: terdesak kerana berhutang.
§
buru nafsu: melakukan sesuatu secara terburu-buru.
§
buru
pangkat: berusaha mencari pangkat.
§
buru
pelajaran: berusaha mencari ilmu
pengetahuan.
§
buruk hati: orang yang jahat.
§
buruk laku: kelakuan tidak senonoh.
§
buruk lantak: orang yang makan dengan gelojoh atau lahap makannya.
§
buruk
makan: (sila lihat juga buruk lantak.)
§
buruk
mulut: percakapan yang kasar.
§
buruk
penangan: akibat buruk atau tidak
baik.
§
buruk
perut: kuat makan.
§
buruk
sangka: menaruh curiga.
§
buruk
selera: makan apa sahaja.
§
buruk siku: meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan
kepada seseorang atau orang lain.
§
busuk budi: perangai yang jahat.
§
busuk hati: orang yang berhati jahat.
§
busung
dada: sombong.
§
buta ayam: mata yang rabun menjelang senja; tidak dapat melihat
dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
§
buta hati: (a) tidak dapat menerima pengajaran orang atau
mengenali mana yang buruk atau mana yang baik. (b) tidak berasa kasihan atau
berhati perut, kejam.
§
buta huruf: orang yang tidak tahu membaca dan menulis atau
kedua-duanya; tidak berpelajaran.
§
buta kayu: (sila
lihat juga buta huruf.)
§
buta
larangan: tidak dapat melihat jauh.
§
buta malam: rabun pada waktu malam.
§
buta perut: orang yang tidak berfikiran, bodoh.
buta warna: tidak dapat mengecam jenis-jenis warna.
No comments:
Post a Comment