Karangan : Cakap besar


CAKAP BESAR

Terdapat seekor ayam jantan bernama Si Hitam. Pada kaki Si Hitam ada dua taji, iaitu satu tumbuh di sebelah kaki kanan manakala satu lagi disebelah kaki kiri.
Pada suatu petang, Si Hitam pergi ke sebuah kampung. Apabila sampai di kampung itu, Si Hitam nampak padi di jemuran. Di jemuran itu ada seekor ayam jantan. Ayam jantan itu bernama Si Kuning. Si Hitam kenal akan Si kuning itu.
          “Kenapa kamu berada di sini? Kamu tak layak makan padi di jemuran ini. Hanya aku yang layak makan padi itu kerana aku ada dua taji. Sedangkan kamu ada satu taji,” kata Si Hitam dengan sombongnya.
          “Kamu jangan sombong Si Hitam. Walaupun aku ada satu taji, tetapi aku ada selera juga hendak makan padi di jemuran ini. Soal makan tidak ada kena mengena dengan taji,” kata Si Kuning.
Si Hitam dan Si Kuning terus makan padi di jemuran itu. Sambil makan Si Hitam menunjukkan tajinya kepada Si Kuning.
          “Tengoklah aku  ini, ada dua taji, semua ayam jantan yang ada di sini takut kepada aku. Tak ada seekor ayam jantanpun yang berani melawan aku. Apabila aku tunjukkan sahaja taji aku kepada mereka , mereka terus cabut lari,” kata Si Hitam dengan bangganya.
          “Sebenarnya mereka bukan takut, tetapi mereka tidak suka bergaduh dengan kamu tu. Kalau bergaduhpun apa yang dapat.” Kata Si kuning. Ia terus mematuk padi di jemuran.
          “Kamu jangan makan banyak. Aku sahaja yang boleh makan banyak, kalau kamu berdegil akau akan taji muka kamu tu,” kata Si Hitam  dengan sombong.
Si Kuning tidak mempedulikan kata-kata Si Hitam itu, sebaliknya dia terus mematuk padi itu dengan cepat. Si Hitam naik marah apabila Si Kuning tidak mengendahkan kata-katannya. Si Hitam pun mematuk kepala Si Kuning bertubi-tubi.
          “Kenapa kamu patuk aku? Apa salah aku?” tanya Si Kuning.
Si Hitam tidak menjawab, sebaliknya dia terus mematuk Si Kuning bertubi-tubi. Akhirnya kedua-duapun bergaduh. Si Hitam menggunakan tajinya untuk mencederakan Si Kuning. Akibatnya kepak Si Kuning berlumuran darah  kerana terkena taji Si Hitam. Si Kuning yang telah cedera terpaksa lari dan menyembunyikan dirinya.
          “Ha, padan muka kau! Nak lawan aku konon! Aku ada dua taji , kamu tu hanya ada satu taji. Aku dah kata tadi, tapi kamu degil. Aku menang! Aku menang!” teriak Si Hitam sekuat-kuat hatinya.
Suara Si Hitam telah didengari helang bukit. Sedang Si Hitam berteriak itu, tiba-tiba Si Helang bukit dengan pantas menyambarnya. Si Helang bukit membawa Si Hitam ke atas sepohon pokok. Si Helang bukit mematuk Si Hitam sehingga mati dan memakan daging Si Hitam dengan lahapnya.
          Cakap besar bermaksud cakap yang membesar-besarkan diri sendiri, sombong atau angkuh.

Karangan : Buruk siku


BURUK SIKU


Brahim dan Samsu suddah lama berkawan. Mereka merupakan sepasang sahabat akhrab. Pendek kata ke mana-mana  Brahim pergi, dia akan mengajak Samsu menemaninya. Begitu akhrabnya persahabatan antara Brahim dengan Samsu.
Pada suatu hari, Samsu kehilangan pensel 2B. Dia ingin meminjam pensel 2B Brahim.
            “Brahim, kamu ada pensel 2B lebihkah? Kalau ada bagi aku pinjam sekejap,” kata Samsu kepada Brahim.
            “Ada. Kamu ambil sahajalah. Lagipun aku ada banyak pensel 2B,” kata Brahim sambil menghulurkan sebatang pensel 2B kepada Samsu.
            “Terima kasih, Brahim. Kamulah satu-satunya sahabat aku,” kata Samsu kepada Brahim.
Brahim hanya tersenyum sambil mengangguk. Samsu pun terus menggunakan pensel 2B pemberian Brahim itu.
            ‘Nasib baik Brahim beri terus pensel 2B ni, tak payahlah aku beli,’ kata Samsu di dalam hati.
   Namun begitu, anggapan Samsu meleset. Beberapa hari kemudian Brahim meminta semula pensel  2B yang  telah diberinya kepada Samsu.
            “Samsu, pulangkan semula pensel 2B yang aku berikan kepada kamu minggu lepas.Pensel 2B aku telah hilanglah,” kata Brahim kepada Samsu.
   Samsu terkejut mendengar kata-kata Brahim itu.
            “Kamu ni buruk siku  betullah. Bukankah kamu sudah berikan pensel 2B itu kepada aku. Takkan kamu nak ambil balik,” kata Samsu kepada Brahim.
            “Aku tak kira apa yang kamu hendak cakap. Buruk sikukah, buruk lakukah, tapi aku mahu balik pensel 2B aku tu,” kata Brahim.    “Macam mana kalau aku tak mahu bagi?” tanya Samsu.
            “Pensel itu aku yang punya, kamu mesti faham!” kata Brahim dengan nada yang meninggi. Bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan, Samsupun menyerahkan semula pensel 2B itu kepada Brahim.
            “Nah, ambillah balik pensel kamu tu!, Lain kali kalau kamu sayangkan harta kamu, jangan berinya kepada orang lain. Kalau dah beri, kemudian ambil balik, kamu akan dikatakan buruk siku. Aku mungkin boleh memaafkan tetapi jika dengan orang lain , silap hari bulan akan berlaku pergaduhan,” kata Samsu kepada Brahim.
   Dengan muka selamba Brahim mengambil pensel 2B itu dari tangan  Samsu.


Buruk siku bermaksud sudah memberi sesuatu kepada orang tetapi memintanya kembali.

Karangan: Cerita Ajak-ajak ayam




AJAK – AJAK AYAM
Maksud : Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh, hanya sebagai pemanis mulut.



   Sebaik sahaja loceng pada waktu rehat berbunyi, maka berduyun-duyunlah murid-murid Sekolah Kuala Betis ke kantin. Masing-masing masing mahu mengisi perut yang kosong.
            “ Sopian  buat apa kamu beli nasi lemak tu, marilah makan nasi goreng aku ni. Nasi goreng  ni emak aku yang masak. Sedap!” kata Sofian kepada Kamarul.
            “ Terima kasih,” jawab Kamarul.
   Namun begitu, Sofian terus makan tanpa mempedulikan Kamarul yang duduk di sebelahnya. Kamarul dapat meneka bahawa Sofian ajak-ajak ayam. Tidak mungkin Sofian bersungguh-sungguh mempelawannya.
            “Lagupun nasi goreng di dalam bekasnnya sudah tinggal sedikit” kata Kamarul di dalam hatinya.
            “Kamu tak sudikan makan nasi goreng aku ini?” tanya Sofian.
   Kamarul tidak menjawab kata-kata Sofian itu, sebaliknya dia terus bangun menuju ke tempat menjual kuih. Selepas membeli beberapa ketul kuih, Kamarul pun berjalan menuju ke arah Sofian. Belumpun sempat Kamarul hendak duduk, tiba-tiba Sofian bangun dari tempat duduknya dan terus beredar dari kantin itu. Kamarul terkebil-kebil melihat gelagat Sofian itu.
            “Dia marah kepada akukah” kata hati Kamarul.
   Pada suatu hari, Kamarul berjalan pulang bersama-sama Sofian. Ketika dalam perjalanan itu , Sofian berkata kepada kamarul,
            “ Minggu depan cuti sekolah bermula, kamu sudah ada apa-apa rancangankah?”
            “Tak ada,” jawab Kamarul.
            “Kalau begitu saya hendak ajak kamu bercuti ke kampung datuk saya. Saya dan keluarga akan balik ke kampung datuk saya di Perak. Sekarang ini di kampung datuk saya musim buah-buahan, tentu kita dapat makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya. Marilah ikut kami,” kata Sofian kepada Kamarul.
            “Awak bersungguh-sungguhkan mengajak saya ni atau ajak-ajak ayam saja?” tanya Kamarul kepada Sofian.
            “Betul…ini bukan ajak-ajak ayam. Lagipun, ayah saya dengan ayah kamu kawan baik. Tentu ayah kamu akan membenarkan. Malam ni, saya minta ayah saya menelefon ayah kamu,” kata Sofian.
   Pada malam itu , Kamarull memberitahu ayahnya tentang pelawaan Sofian.
            “Sofian tu ajak bertul-betulkah atau ajak-ajak ayam?” tanya ayah Kamil.
            “Entahlah ayah. Tapi jika tengok pada gaya cakapnya itu macam ajak betul-betul,” kata Kamil kepada ayahnya.
            “Kita tunggu, jika Salim ajak betul-betul, ayahnya pasti menelefon ayah malam ni. Kalau ayahnya tidak menelefon ayah, sahlah Sofian tu ajak-ajak ayam sahaja,” kata ayah Kamarul.
   Kamarul menunggu sehingga jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam, namun ayah Sofian belum menelefon ayahnya.
            “Ayah rasa salim tu ajak-ajak ayam sahaja Kamarul. Sehingga sekarang ayahnya belum menelefon ayah. Jadi tak payahlah kamu mengharap sangat. Dahlah tu, pergi tidur,” kata ayah Kamarul


Soalan Latihan Simpulan Bahasa




Jawab soalan-soalan di bawah.

1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum 
     mendapat........................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah

2. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia .............................. untuk menyiapkan
    Kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil masa

3.Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun  
   itu.................sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D rabun mata

4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk  
    memahami pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati

5. Rahman merupakan........................pasukan Harimau. Tidak hairanlah
    Segala kemahuannya dituruti
A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat

6. Sahabat yang baik tidak patut................................kawan di hadapan rakan-rakan
    yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata







7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut........................, nanti kita   
   juga yang akanmenyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin

8. Amran berkata, "Inilah………………………saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."
A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus

9. Mat Deris begitu…………………... menanam pokok buah-buahan di sawah yang
    telah lama terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati

10. Sejak peristiwa itu Puan Salwa………………………untuk membenarkan
      anaknya menyertai perlawanan bolasepak.
A. jauh hati 
B. berat hati
C. kecil hati
D. patah hati

11. En. Hamidon seorang yang……………………  .Beliau sentiasa menghormati dan
      Melayan pekerja - pekerjanya.                                                                             A. rendah diri                                                                                                   B. mata duitan                                                                                                 C. pilih kasih                                                                                        D. hidung tinggi                                                                                                                                  
12. Pemuda teksi itu tidak sanggup ................ dengan penumpangnya yang kurang  
      sopan.
A. berhati batu 
C. bertegur sapa
B. berhati perut
D. bertikam lidah

13. Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ...................
A. cepat tangan
B. bekas tangan
C. tangan sejuk
            D. tangan terbuka





14. Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum
       mendapat........................................
A. anak tiri
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata

15. Kawan-kawan sekalian, kita mestilah...........................................dengan kejayaan
      mereka kalau mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A. ambil hati
B. iri hati
C. cekal hati
D. besarhati


16. Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik
     kita akan dapat.......................................
A. bekas tangan
B. tanda mata
C. buah hati
D. mengadu nasib

17. Urusan ......................... kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar
      baru.
A. campur tangan
B . guna tenaga
C. temu janji
D. jual beli

18. Bencana alam yang melanda Kobe menyebabkan makanan bertambah mahal.
A. harga mati 
C. jual mahal
B. naik harga 
D. harga tetap

19. Semasa taklimat kepada ibu bapa, Guru Besar menerangkan satu persatu
      keputusan peperiksaan anak-anak di Tahun Enam.
A. panjang akal 
B. panjang lebar 
C. panjang lidah 
D. panjang bicara

20. Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual-bual dengan tidak menentu
      dan membuang masa sahaja.
A. cakap besar 
B. khabar angin
C. omong kosong
D. mengado domba

21. Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana
      dia
A. telinga lintah
B. telinga pekak
C. pekak tuli
D. pekak badak

22. Sewaktu berada di komplek membeli-belah itu saya menjadi ....................kerana
      terlalu banyak barang yang menarik.
A. gelap mata
B. rambang mata
C. pening kepala
D. rambang hati

23. Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar .................. apabila rayau
      di belakang rumah.

A. berkaki bangku
B. berkaki ayam
C. berkaki botol
D. berkaki bola

24. Walaupun Puan Rogayah .................... , namun dia sangat disayangi oleh anak-
      anak EncikZali kerana tingkah lakunya yang baik.
A. ibu angkat
B. anak emas
C. buah hati
D. ibu tiri

25. Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma ................... di rumah. Dia sedikitpun tidak
      mahu berusaha mencari kerja.
A. makan angin
B. memilih bulu
C. makan tidur 
D. bermain mata

26. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. 
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar 
C. kuda belang
D. lipas kudung

27. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar 
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

28. Pasukan Bola sepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu.  
      Mereka mendakwa pengadil itu ............... .
A. berat perut 
B. berat badan 
C. berat mata 
D. berat sebelah

29. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka.............................. .
A. curi hati 
B. curi tulang
C. curi ayam 
D. curi kerja

30. "…........... apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A. Dengar telinga 
B. Dengan lihat 
C. Pasang telinga
D. Pasang mata

31. Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam ................. .
A. rusa masuk kampung
B. beruang dalam belukar 
C. kuda belang
D. lipas kudung

32. Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti
      …………………………… .
A. rusa masuk kampung
B. burung dalam sangkar 
C. ayam kehilangan anak
D. anjing menyalak bukit

33. Pasukan Bolasepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu.
      mereka mendakwa pengadil itu ............... .
A. berat perut
B. berat badan 
C. berat mata 
D. berat sebelah

34. Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka......................
A. curi hati 
B. curi tulang
C. curi ayam 
D. curi kerja

35. Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka menceritakan
      hal orang lain.
A. buah mulut 
B. murah mulut 
C. mulut besar 
D. bawa mulut

36. Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ................... nya.
A. hati batu 
B. kepala batu 
C. batu keras 
D. batu api




37. Encik Kadir mendapat sokongan....................... dari guru-guru untuk menjadi
      pengerusi kebajikan.
A. sepenuh hati
B. sepenuh suara
C. sebulat suara
D. sepenuh isi

38. Mak Cik Ara adalah seorang yang .............. sebab itu dia sangat disukai oleh
      penduduk Kampung Berata.
A. panjang tangan 
B. berat tulang
C. buah mulut 
D. buah tangan

39. Emak selalu membawa .............. untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A.buah-buahan 
B. buah hati 
C. buah tangan 
D. ringan tulang

40. Akibat sikapnya yang ....................... itu, dia sanggup membunuh abangnya sendiri.
A.panas baran 
B. gila babi 
C. gila pangkat 
D. naik angin

41. Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam
     diconteng oleh remaja-remaja yang………………….
A.gatal tangan
C.lepas tangan
B. panjang tangan
D. buah tangan

42. Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri sebab itu dia ditatang seperti
A. minyak wangi 
C. minyak hampir jatuh
B. minyak yang penuh 
D. minyak masak

43. Orang yang .................. biasanya dia tidak ada kawan.
A.panjang tangan 
B. buah tangan 
C. berat tangan 
D. depa tangan

45. Orang yang mempunyai ......... yang baik sentiasa disanjung orang.
A. budi bahasa
B. bahasa bunga
C. budi-budian
D. mulut bunga
46. ………………….yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia
    sentiasa bersedih dan tidak lalu makan.
A. Makan angina
B. Naik angina
C. Khabar angin 
D. Mulut tempayan

47. Ain berasa ................. kerana tidak dapat mejawab semua soalan peperiksaan
      dengan baik.
A.senang hati 
B. terang hati 
C. buta hati 
D. susah hati

48. Chua.............................apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A. cari jalan 
B. sua muka 
C. besar hati 
D. gelap mata

49. ................... yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua puluh
     orang duta dari negara luar.
A. Serkap jarang 
B. Serang hendap
C. Panjang tangan 
D. Pukul curi

50. "Nampaknya, tahun ini padi kita ............... ". kata Wak Seman kepada isterinya.
A. kurang manis
B. kurang umur 
C. kurang jadi 
D. kurang tua



Menangani Kes Murid Tanpa Dokumen

Menangani kes murid tanpa dokumen Oleh NORIZAN ABDUL MUHID pendidikan@utusan.com.my Mazlan Mohamad Setiap kali bermulanya p...