Simpulan Bahasa Bermula Huruf N
§
naik angin:
menjadi terlalu marah tanpa bersebab atau tidak tentu masa sehingga tidak dapat
mengawal diri; meradang.
§
naik darah: (sila lihat juga naik angin.)
§
naik geram:
menyampah.
§
naik kepala:
berbuat sesuatu yang melampaui batas.
§
naik lemak:
menjadi terlalu manja.
§
naik minyak:
menjadi marah dan mengganas.
§
naik pitam:
pening.
§
naik saksi:
menjadi saksi.
§
naik semangat:
bertambah berani.
§
nama baik: maruah.
§
nasi damai: nasi
yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.
§
nipis telinga: (sila lihat juga darah panas.)
§
Nujum Pak Belalang: tukang
tilik palsu.
§
nyawa-nyawa ikan:
keadaan yang hampir-hampir mati.
§
nyiur gading: pokok
kelapa kuning.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf O
§
oleh-oleh: hadiah.
§
omong kosong: (sila lihat juga cakap angin.)
§
orang asing: orang
dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.
§
orang asli:
penduduk asal sesebuah negeri.
§
orang atasan: orang
yang berpangkat tinggi; pembesar.
§
orang berada: orang
yang berharta.
§
orang besar: (sila lihat juga orang atasan.)
§
orang biasa: rakyat
biasa.
§
orang buangan: orang
yang dihukum buang negeri.
§
orang buruan: orang
yang dicari kerana kesalahan jenayah.
§
orang dagang: (sila lihat juga orang asing.)
§
orang dalam: orang
yang bekerja dalam sesuatu jabatan.
§
orang dapur: orang
perempuan.
§
orang darat: (sila lihat juga orang asli.)
§
orang gaji: orang
yang bekerja di rumah orang lain dan diberikan gaji.
§
orang galang: orang
yang menjadi pelindung kepada orang lain.
§
orang halus: roh,
jin, atau orang bunian.
§
orang harapan:
seseorang yang diharapkan untuk membuat sesuatu perkara.
§
orang kanan: orang
yang diharapkan.
§
orang rumah:
isteri.
§
orang tua-tua: orang
bijak dan berpengalaman.
§
orang upahan: orang
yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.
§
otak beku: orang yang bodoh.
§
otak cair: orang yang sangat
pintar, pandai, atau cerdik.
§
otak kering: tidak
berapa siuman; lambat atau susah menerima sesuatu yang diajarkan.
§
otak udang: (sila lihat juga otak beku.)
Simpulan Bahasa Bermula Huruf P
§
pacat kenyang: terus
beredar setelah makan.
§
padang jarak padang tekukur:
musnah.
§
pak pandir: orang
yang bodoh.
§
pak sanggup: orang
yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.
§
pak turut: orang yang mengikut
sahaja.
§
paku belanda: harga
tetap atau harga yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.
§
paling hati: tidak
setia.
§
paling tadah: (sila lihat juga paling hati.)
§
panas hati: sangat
marah atau sangat benci.
§
panas rezeki: sukar
mendapat rezeki.
§
panjang akal:
cerdik.
§
panjang ekor: berani
berbuat jahat.
§
panjang fikiran: (sila lihat juga panjang akal.)
§
panjang lidah: suka
mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.
§
panjang tangan: (sila lihat juga cepat tangan.)
§
pasang badan:
berhias diri untuk memikat.
§
pasang kaki:
menggunakan orang-orang yang tertentu untuk membuat sesuatu kerja.
§
pasang mata:
memerhatikan baik-baik; waspada.
§
pasang telinga:
mendengar dengan teliti, berhati-hati, atau bersungguh-sungguh.
§
pasar gelap:
perniagaan yang dijalankan secara haram dari segi undang-undang.
§
patah arang:
perceraian yang tidak dapat didamaikan lagi.
§
patah hati: hilang
kemahuan untuk berbuat sesuatu.
§
patah kandar: hilang
tempat bergantung.
§
patah lagu:
getaran suara apabila menyanyi.
§
patah lidah: tidak
dapat berkata-kata dengan lancar.
§
patah perang: kalah
perang.
§
patah semangat: hilang
kemahuan untuk berusaha.
§
patung bernyawa: hidup
yang tidak mempunyai cita-cita.
§
pecah amanah:
melanggar amanah.
§
pecah khabar:
tersiar berita.
§
pedih hati: pilu.
§
pejam mata: orang
yang tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
§
pekak badak:
seseorang yang rosak pendengarannya atau pura-pura tidak mendengar.
§
pekak batu: (sila lihat juga pekak badak.)
§
peluk lutut: tidak
bekerja.
§
peluk tangan: (sila lihat juga peluk lutut.)
§
peluk tubuh: (sila lihat juga peluk lutut.)
§
pembasuh mulut: (sila lihat juga basuh mulut.)
§
pencakar awan: (sila lihat juga cakar awan.)
§
pencakar langit: (sila lihat juga cakar langit.)
§
pendekar kata: orang
yang pandai berpidato.
§
pendekar lidah: (sila lihat juga pendekar kata.)
§
pendekar pena: orang
yang pandai menulis rencana di surat
khabar.
§
pendekar sambal:
pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.
§
pengubat hati: (sila lihat juga ubat hati.)
§
pening-pening lalat: berasa
pening sedikit.
§
penyapu baru: orang
yang baru akan rajin bekerja.
§
perang dingin:
bergaduh dengan tidak bercakap.
§
perang gerila: perang
secara bersembunyi.
§
perang mulut:
berbahas, bertengkar.
§
perang pena:
pertengkaran melalui tulisan di akhbar.
§
perang saudara: perang
antara orang sebangsa.
§
perang terbuka: perang
secara besar-besaran.
§
peras otak:
belajar bersungguh-sungguh.
§
peras tenaga: (sila lihat juga banting tulang.)
§
peras tenaga orang:
membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.
§
perigi buta: perigi
yang tidak berair.
§
perut kapal:
bahagian kapal yang di tengah-tengah.
§
perut kosong: lapar.
§
perut laut:
bahagian laut yang dalam.
§
pilih bulu:
memandang kedudukan, bangsa, dan keturunan.
§
pilih kasih:
bersikap berat sebelah dengan memberi layanan yang lebih kepada pihak yang
disayangi.
§
pindah tangan:
bertukar milik.
§
pinggang kerengga:
ramping.
§
pintu rezeki: jalan
untuk mendapat rezeki.
§
pintu terbuka: sedia
menerima tetamu.
§
pisau cukur:
perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki.
§
potong jalan:
mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak
berpeluang.
§
pukul curi:
memukul dengan tidak diketahui oleh orang yang dipukul.
§
pukul rata: (a)
purata. (b) melayan atau memperlakukan semua dengan sama.
§
putera mahkota: anak
raja yang bakal naik takhta.
§
puteri lilin:
perempuan yang tidak tahan kena panas.
§
putih hati: ikhlas
dan jujur.
§
putih mata: kecewa
atau gagal kerana harapan tidak tercapai; mendapat malu.
§
putih tapak kaki: lari
sekuat-kuatnya.
§
putih tulang: mati.
§
putus akal: (sila lihat juga mati akal.)
§
putus arang:
persahabatan yang putus sama sekali.
§
putus kata:
mendapat kata sepakat.
§
putus rezeki: hilang
mata pencarian.
§
putus ubat:
upacara menamatkan ubat selepas sembuh.
§
puas hati: lega.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf Q
§
quran
buruk: sesuatu yang sudah tidak
boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab
tertentu.