Simpulan
bahasa bermula Huruf A
§
abang angkat: lelaki yang telah diakui
sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah
dengan orang yang mengakuinya.
§
abang ipar: suami
kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
§
abang kandung: abang
yang seibu sebapa.
§
abu angin: telah musnah sama
sekali.
§
Abu Dajal: orang jahat yang suka
mengganggu orang lain.
§
Abu Jahal: orang yang jahat dan
tidak suka akan kebaikan; suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik.
§
Abu Lahab: (sila lihat juga Abu Jahal.)
§
Abu Nawas: orang yang pandai
mencari helah dengan akalnya untuk melepaskan diri daripada sebarang
bencana.
§
ada-ada: ada sesuatu.
§
ada akal: cara menyelesaikan
sesuatu masalah.
§
ada angin: orang yang berperangai
luar biasa dengan fikirannya yang tidak tentu; orang yang mempunyai sikap tidak
tetap kelakuannya sering berubah-ubah pada masa tertentu.
§
ada bakat: berkebolehan dalam
bidang tertentu.
§
ada can: ada peluang.
§
ada gaya : ada
ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
§
ada hati: menaruh keinginan yang
melebihi kesanggupan pada sesuatu atau ada kemahuan untuk membuat sesuatu.
§
ada harta: orang yang kaya atau
berharta.
§
ada jalan: ada cara untuk
menyelesaikan sesuatu perkara.
§
adat balai: adat
dalam istana raja.
§
adik angkat:
seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai
pertalian darah.
§
adik ipar: adik kepada isteri atau
suami.
§
adik kandung: adik
daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
§
adu buku: bertinju.
§
adu domba: melaga-lagakan
seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
§
adu kening:
berhadap-hadapan muka.
§
adu lengan: beradu
kekuatan.
§
adu nasib: mencari rezeki.
§
adu untung: (sila lihat juga adu nasib.)
§
air mandi: sudah menjadi
kebiasaan.
§
air muka: (a) rupa, wajah; air
muka seseorang. (b) maruah.
§
air pasang: paras
air laut yang meningkat.
§
air sembilan: air
yang digunakan untuk memandikan mayat.
§
air setaman: air
yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
§
air surut: paras air laut yang
turun.
§
ajak-ajak ayam: tidak
sungguh-sungguh mempelawa; mempelawa tanpa kesungguhan.
§
akal belut: orang
yang pandai tipu muslihat.
§
akal kancil: (sila lihat juga akal belut.)
§
akal sejengkal: orang
yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
§
alas cakap: (a)
penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan. (b) percakapan yang tertib.
§
alas kata: (sila lihat juga alas cakap.)
§
alas perut: makan
sedikit supaya tidak lapar.
§
alih akal: berubah pendapat atau
fikiran.
§
alih angin:
berpindah tempat tinggal.
§
alih muka: menyamar.
§
alim kucing: orang
jahat yang berpura-pura berkelakuan baik.
§
aliran masa:
perubahan masa.
§
aliran masyarakat:
kehendak masyarakat.
§
ambil abu: maksud yang tidak
kesampaian.
§
ambil ada: berpuas hati dengan apa
yang ada.
§
ambil angin:
berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya
untuk menghilangkan penat.
§
ambil bahagian:
menyertai.
§
ambil berat: beri
perhatian.
§
ambil haluan:
membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
§
ambil hati: (a)
menarik perhatian seseorang atau membuat sesuatu supaya yakin kepadanya atau
disukai orang; memikat hati. (b) perubahan sikap kerana tersinggung; merajuk
atau menaruh perasaan marah.
§
ambil ibarat:
menjadikan sesuatu sebagai teladan.
§
ambil ingatan:
dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
§
ambil muka:
membuat sesuatu supaya disukai.
§
ambil sumpah:
disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
§
ambil tahu:
memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
§
anak Adam: umat manusia.
§
anak air: sungai kecil.
§
anak angkat: anak
orang lain yang dijadikan, dibela, atau dipelihara sebagai atau seperti anak
sendiri.
§
anak bapa: seseorang atau orang
yang gagah, berani, atau handal.
§
anak baju: baju dalam.
§
anak buah: orang yang termasuk
dalam sesuatu keluarga, anak saudara (anak kepada abang, kakak, atau adik yang
ada hubungan kekeluargaan); pengikut, rakyat, atau orang-orang yang di bawah
jagaan seorang ketua.
§
anak bukit: bukit
kecil.
§
anak bulan: bulan
baru, satu haribulan Hijrah.
§
anak dara: budak perempuan (gadis)
yang belum berkahwin.
§
anak didik: orang
di bawah jagaan kita.
§
anak emas: anak atau orang yang
sangat disayangi; orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
§
anak gahara: anak
raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
§
anak haram: anak
yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
§
anak jantan: orang
lelaki yang berani sifatnya.
§
anak kandung: anak
yang dilahirkan sendiri.
§
anak kapal: orang
yang bekerja sebagai kelasi dalam sesebuah kapal.
§
anak mata: bulatan di tengah mata.
§
anak negeri: rakyat
sesebuah negeri.
§
anak perahu: (sila lihat juga anak kapal.)
§
anak piatu: anak yang
kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
§
anak pungut: (sila lihat juga anak angkat.)
§
anak sungai: sungai
kecil yang mengalir dalam sebatang sungai yang lebih besar.
§
anak tangga: tempat
berpijak atau terpijak sebuah tangga.
§
anak teruna: pemuda
yang belum berkahwin.
§
anak tiri: (a) bukan anak kandung
kepada ayah atau ibu yang baru. (b) orang yang tidak diberikan perhatian
sewajarnya.
§
anak tunggal: anak
satu-satunya.
§
anak tut: (sila lihat juga anak angkat.)
§
anak yatim: anak
yang sudah kematian ibu atau bapanya.
§
anak yatim piatu: anak
yang sudah kematian ibu dan bapa serta tiada saudara mara.
§
angin-angin: khabar
atau berita yang belum dapat dibuktikan atau belum tentu betulnya.
§
angkat alis:
kehairanan.
§
angkat bahu: tidak
tahu atau tidak bertanggungjawab.
§
angkat bakul: sifat
seseorang yang suka memuji diri sendiri.
§
angkat diri:
sombong.
§
angkat kaki: cabut
atau pergi dengan segera dari tempat itu; melepaskan diri apabila ada
kesusahan.
§
angkat kening: (sila lihat juga angkat alis.)
§
angkat mata: (a)
berani menentang atau melawan. (b) selesai daripada membuat kerja berat.
§
angkat muka:
seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperoleh.
§
angkat nama:
terkenal.
§
angkat senjata:
berperang.
§
angkat suara:
meninggikan suara.
§
angkat sumpah: (sila lihat juga ambil sumpah.)
§
angkat topi:
menghormati.
§
anjing hitam: orang
jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
§
anjing kurap: orang
yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
§
api peperangan:
perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
§
api percintaan:
perasaan cinta yang meluap-luap.
§
arang di dahi:
mendapat malu.
§
arang di kening: (sila lihat juga arang di dahi.)
§
arang di muka: (sila lihat juga arang di dahi.)
§
asam garam:
pengalaman; susah senang dalam kehidupan.
§
atas angin:
negara-negara atau negeri-negeri Eropah atau di sebelah barat termasuk Asia
Barat.
§
atas nama: menjadi wakil seseorang
atau pertubuhan.
§
atas pagar: (a)
berkecuali; seseorang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. (b) tidak
masuk campur. (c) tidak lulus dan tidak gagal (sederhana).
§
ayam jalak: orang
yang berani.
§
ayam tambatan:
seseorang yang menjadi orang harapan seseorang atau orang lain dalam sesuatu
pertandingan.
No comments:
Post a Comment